Sebelum mesin cetak ciptaan Gutenberg, buku-buku dihasilkan dengan tulisan tangan yang memerlukan masa yang amat panjang. Mesin cetak Gutenberg yang mempunyai mekanisme boleh gerak itu telah memudahkan penerbitan pantas bahan-bahan cetakan seperti risalah dan buku, sehingga pengetahuan dapat disebarkan dengan meluas kepada orang ramai.
Johannes Gutenberg - mesin cetak ciptaannya telah mengubah dunia |
"Mesin cetak buatannya itu meningkatkan banyaknya buku yang dapat dicetak, dan dengan demikian menyebabkan penyebaran cepat dan luas pengetahuan untuk pertama kalinya dalam sejarah. Dua puluh juta buku telah dicetak di Eropah Barat pada tahun 1500an." - Keepo.me
Penerbitan utamanya, Alkitab Gutenberg (juga dikenali sebagai Alkitab 42 baris) telah dipuji untuk mutu teknikal dan estetiknya yang tinggi. Paus Pius II telah menulis kepada Kardinal Carvajal di Rum mengatakan mengenai Alkitab Gutenberg itu, "sangat bersih dan tepat dalam skripnya, dan tanpa kesilapan, dan begitu rupa sehingga Tuan yang mulia dapat membacanya dengan mudah tanpa kaca mata."
Alkitab Gutenberg mengandungi 1,286 muka surat yang dijilidkan dalam dua jilid. Daripada 180 naskah yang telah diterbitkan, lebih kurang 135 telah dicetak ke atas kertas manakala bakinya di cetakkan ke atas vellum, sejenis gulungan yang diperbuat daripada kulit haiwan.
Alkitab Gutenberg |
Jerman memiliki paling banyak Alkitab Gutenberg dengan 14, manakala Amerika Syarikat memiliki 10, yang mana tiga dimiliki oleh Morgan Library and Museum di Manhattan. Jualan terakhjr sebuah Alkitab Gutenberg yang lengkap berlaku pada 1979, di mana harga senaskahnya $2.2 juta. Satu jilid secara berasingan telah dijual kemudiannya untuk $5.4 juta pada 1987, dan para pakar menganggarkan satu naskah yang lengkap kini boleh mendapat harga $35 juta bila dilelongkan.
Baca juga: Kisah Benar Pencuri Yang Mencuri Alkitab Gutenberg
(Sumber: Wikipedia, History.com, Keepo.me)
Baca juga: Kisah Benar Pencuri Yang Mencuri Alkitab Gutenberg
(Sumber: Wikipedia, History.com, Keepo.me)