Lebih daripada 56 tahun lalu, iaitu pada 24hb Julai 1962, Diosis Jesselton (sekarang Diosis Sabah) telah dirasmikan. Rt Revd James Wong Chang-Ling telah dijadikan Uskup Jesselton yang pertama semasa kebaktian di Katedral All Saints yang dipengerusikan oleh Uskup Borneo, Rt Revd Nigel E. Cornwall. Pada hari itu, Diosis Borneo telah dibahagikan dua, mewujudkan Diosis Jesselton dan Diosis Kuching. Gambar-gambar ini memberi kita peluang untuk melihat sekilas kebaktian yang meriah pada hari itu.
Uskup Borneo, Rt Revd Nigel Cornwall, meletak tongkat uskup di atas mezbah.
Canselor membaca surat ikatan dari Uskup Agung.
Uskup James Wong duduk buat pertama kali di atas kerusi uskup.
Uskup James Wong berjalan ke mimbar untuk memberi khutbah.
Uskup James Wong mengucapkan doa berkat ke atas bandar Jesselton.
(Diambil daripada catitan Facebook Anglican Diocese of Sabah bertarikh 2 Ogos 2018)