Isnin, 13 Ogos 2018

Mahkamah Tangguh Keputusan Isu Kalimah 'Allah' Ke 29 Oktober



MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan keputusan kepada Oktober berhubung kes membabitkan perlembagaan yag difailkan warga Sarawak Jill Ireland berhubung penggunaan kalimah “Allah” oleh penganut Kristian. 

“Mahkamah menangguhkan kes itu kepada 29 Oktober depan,” kata peguam Lee Heng Seng kepada pemberita di mahkamah hari ini. 

Ireland cuba mendapatkan pengisytiharan hak perlembagaannya untuk mengamalkan agama dilanggar oleh sekatan dan larangan import bahan pendidikan agama. 

Beliau berkempen untuk hak Kristian menggunakan kalimah “Allah” selepas pegawai Imigresen di Terminal Tambang Murah di Sepang, Selangor merampas lapan keping cakera padat Kristian daripadanya pada Mei 2008 kerana mengandungi kalimah “Allah” dalam konteks agama Kristian. 

Selepas tujuh tahun, cakera padat berkenaan dikembalikan semula kepada Ireland pada 2015, namun beliau kekal menyatakan mahkamah gagal menyatakan hak perlembagaannya sebagai penganut Kristian untuk menggunaan kalimah berkenaan. – 13 Ogos, 2018

(Diambil daripada artikel The Malaysian Insight bertajuk, "Mahkamah Tangguh Keputusan Isu Kalimah 'Allah'" yang ditulis oleh Bede Hong bertarikh 13 Ogos 2018)