Isnin, 31 Disember 2018

Ribuan Orang Menghadiri Rumah Terbuka Rasmi Krismas Di KK


KOTA KINABALU: Cuaca hujan tidak menghalang ribuan rakyat Malaysia dan pelancong asing menghadiri Rumah Terbuka Krismas peringkat kebangsaan 2018 di sini. 

Salah seorang daripada pengunjung, yang hanya ingin dikenali sebagai Syahnira, 18, berkata dia telah datang dengan keluarganya untuk menikmati persembahan-persembahan oleh artis-artis Malaysia secara dekat walaupun hujan terputus-putus.

"Cuaca tidak bagus, tapi saya rasa seronok!" katanya mengenai acara tersebut, yang telah diadakan di Padang Merdeka pada hari Sabtu.

Syahnira, yang dari suku bangsa Bajau, berkata walaupun acara ini diadakan untuk mereka yang merayakan Krismas, orang dari pelbagai bangsa dan agama telah datang untuk merayakan perayaan itu bersama-sama.

"Ini memaparkan keunikan Sabah,"katanya.

Andrew Arlanthu kembali ke Kota Kinabalu pada setiap tahun untuk perayaan Krismas setelah dia mengahwini isterinya yang berbangsa Kadazandusun dari Penampang beberapa tahun lepas.

Ïni adalah kali ketiga saya menghadiri acara Krismas di bandaraya ini. Walaupun kami terlambat sampai saya boleh katakan dengan pasti bahawa perayaan tahun ini lebih bagus lagi daripada yang sebelumnya," kata lelaki berusia 38 tahun itu.

Isterinya, Laura Peter, 29, berkata rumah terbuka Krismas itu sangat menghiburkan dan mewakili kepelbagaian budaya Sabah.

"Bukan rakyat Sabah sahaja, tetapi orang dari sekeliling dunia datang ke sini untuk rumah terbuka ini," katanya.

Pasangan itu ada di acara itu bersama dengan anak lelaki mereka Jaaiydan, yang berusia setahun.

Ribuan orang tidak mengendahkan hujan renyai-renyai yang turun sewaktu acara bermula pada 8.30 malam.

Pertunjukan itu dibahagikan ke dalam empat segmen untuk memaparkan kepelbagaian budaya Sabah. Ianya juga memaparkan persembahan daripada band tempatan, Atmosfera, yang video muzik mereka Original Sabahan telah mendapat 16 juta tontonan sejak dilancarkan awal tahun ini.

Drama dan persembahan bertema Krismas dengan sentuhan Sabah juga telah mengujakan para hadirin.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah merasmikan hari terbuka Krismas di KK

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang telah melancarkan rumah terbuka itu, menyeru kepada rakyat Malaysia dari semua kumpulan etnik dan agama untuk bekerjasama dengan sehati untuk memajukan negara ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Beliau juga berseru agar rakyat mengelakkan daripada mencetuskan kebencian, melontarkan kata-kata menghina dan memfitnah orang lain kerana ini boleh menghancurkan perpaduan negara.

"Kita ingin memastikan agenda pembangunan negara boleh dicapai dan harapan rakyat dapat digenapi," kata beliau.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang diwakili oleh timbalannya Datuk Christina Liew di acara itu, berkata rakyat Malaysia mestilah mengarah jauh daripada politik bangsa dan agama yang menghancurkan.

Dalam ucapannya yang disampaikan oleh Liew, Shafie berkata rakyat haruslah sebaliknya mengfokus kepada membangun Malaysia bersama-sama meskipun berbeza bangsa dan agama.

Beliau berkata Sabah adalah teladan yang baik masyarakat berbilang kaum di mana rakyatnya hidup dalam harmoni dan menghormati satu sama lain walaupun berbeza latar belakang.

(Diterjemah daripada artikel The Star bertajuk, "Thousands Attend Official Xmas Open House In Kota Kinabalu" yang ditulis oleh Natasha Joibi bertarikh 31 Disember 2018)