Selasa, 1 Januari 2019

Bantahan Sambutan Krismas, Tahun Baharu Di Tawau


TAWAU: Kumpulan yang mendakwa mewakili masyarakat Muslim di sini telah mengeluarkan satu memorandum untuk membantah sambutan Krismas dan Tahun Baharu yang dianjurkan oleh pejabat Ahli Parlimen Tawau, Datuk Christina Liew.

Kumpulan itu, terdiri daripada persatuan dan parti politik di daerah itu, berkata dalam satu kenyataan hahawa mereka menentang sekeras-kerasnya sambutan itu, mendakwa ia mengandungi elemen untuk menyebarkan Kristian.

Antara elemen itu kata mereka, adalah ucapan oleh seorang wakil daripada seorang Biskop semasa sambutan itu dan persembahan koir yang mereka dakwa mengajar kepercayaan Kristian kepada Muslim.

Mereka juga berkata sambutan itu gagal menghormati agama lain, terutamanya Islam, dan ia dianjurkan secara terbuka di tempat awam yang boleh menimbulkan kecurigaan tentang objektif utamanya.

"Kami menentang konsep karnival ini dan (kami menuntut) ia mesti digantikan dengan yang lebih terbuka dan sesuai dengan masyarakat dan semua agama.

"Kami memberi amaran keras bahawa ini mesti tidak diulangi," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan bersama.

Mereka ialah Parti Warisan Tawau, Parti Warisan Kalabakan, Parti Keadilan Rakyat Tawau, Parti Keadilan Rakyat Kalabakan, Umno Tawau, Umno Kalabakan, Persatuan Kebajikan dan Prihatin Dakwah Sabah, Baadan Wakaf Tawau, Masjid Al-Kauthar Tawau, Pertubuhan USIA Tawau, Wahyu Ilahi Learning Centre, Persatuan Putera Puteri Islam Bahagian Tawau, Jawatankuasa Imam-Imam Tawau, Al-Quds Umrah & Tours Tawau, Parti Islam SeMalaysia Tawau (PAS), Gengstreet Dakwah, Pertubuhan Peguam Muslim Tawau, Pertubuhan Gerak Silat Tawau, Pertubuhan Khairun Nisa Tawau and Pertubuhan Pembangunan Islam Sabah.

(Nota: Sejak itu, laman Sabah News Today telah melaporkan bahawa Parti Warisan Sabah telah mengkritik PAS Sabah atas memorandum menentang sambutan Krismas dan Tahun Baharu itu. Frank Salazar, ketua bahagian Warisan Tawau dan Ismail Senang, ketua bahagian Warisan Kalabakan telah membuat laporan polis di ibu pejabat Polis Tawau hari ini, menafikan penglibatan bahagian-bahagian mereka dalam memorandum itu) 

(Diambil daripada laporan akhbar Daily Express bertarikh 1 Januari 2019)