Apabila setahun berakhir, saya selalu mengambil masa untuk menilai apa yang Tuhan telah lakukan dalam hidup saya. Saya merayakan detik-detik penting dengan melihat foto-foto, mengenang kembali dan mencatitkan detik-detik yang terbaik. Kemudian saya akan meratapi kekalahan-kekalahan saya. Saya juga dengan teliti memikirkan kesilapan yang telah saya lakukan dan bagaimana saya dapat bertumbuh secara rohani pada tahun mendatang.
Saya melihat prinsip penilaian diri ini dalam Mazmur 119:59, yang menyatakan, "Aku
memikirkan jalan-jalan hidupku, dan melangkahkan kakiku menuju
peringatan-peringatan-Mu." Kitab Ratapan 3:40 menambah, "Marilah
kita menyelidiki dan memeriksa hidup kita, dan berpaling kepada TUHAN." Dan rasul Paulus memberitahu orang-orang Korintus, "Ujilah dirimu sendiri, apakah kamu tetap tegak di dalam
iman. Selidikilah dirimu!" (2 Kor 13:5a).
Meskipun begitu, saya mendengar sedikit pastor hari ini yang menggesa umat untuk membuat pemeriksaan diri secara serius. Pada hari ini, kita adalah pengkritik di kerusi empuk yang mengkritik segala hal lain, tapi jarang-jarang melihat diri.
Pengkhutbah Inggeris Charles Spurgeon memberitahu jemaatnya pada 1880an: "Kebanyakan orang telah melihat diri dalam sesebuah cermin, tetapi ada satu lagi cermin, yang memberikan gambaran benar, yang sedikit orang memandangnya. Untuk memeriksa diri dalam cahaya Firman Allah, dan dengan teliti melihat keadaan diri ... adalah satu amalan yang sangat sihat."
Sambil anda memulakan tahun baharu ini, lakukan pemeriksaan diri anda dengan menanyakan soalan-soalan yang sukar ini:
1. Sudahkah saya jadikan masa berseorangan dengan Tuhan suatu keutamaan? Api tidak bertahan lama jika kita tidak terus melonggokkan kayu di atas nyala api. Anda tidak dapat bertahan secara rohani tanpa waktu persekutuan selalu dengan Tuhan. Jika anda telah mengabaikan doa atau membaca Firman Allah pada 2018, ambillah keputusan hari ini untuk menyemarakkan semula hidup persekutuan anda dengan Tuhan.
2. Adakah saya telah membentuk tabiat buruk yang perlu dipatahkan? Paulus telah memberitahu orang-orang Tesalonika, "Janganlah padamkan Roh" (1 Tes 5:19). Adakah anda melakukan sesuatu yang memadamkan nyala api Roh dalam hidup anda?
3. Dalam segi apakah saya perlu bertumbuh secara rohani? 2 Korintus 3:18 mengatakan bahawa anda "kita diubah ...dalam kemuliaan yang semakin besar." Tuhan mahu membawa anda ke tahap yang baru. Adakah anda bergelut dengan kemarahan, kekhuatiran, ketakutan, keraguan atau kebencian? Adakah sesuatu sikap tertentu itu mengheret anda ke bawah? Kenalpasti benteng-benteng rohani dalam hidup anda dan mohon kepada Yesus untuk menggantikan itu dengan buah Roh Kudus.
4. Apakah kurnia-kurnia Roh Kudus yang saya miliki, dan adakah saya menggunakannya? Setiap orang Kristian memilki kurnia rohani - anda juga tak terkecuali. Jangan kebumikan kurnia-kurnia anda. Anda harus berdepan dengan rasa takut anda dan melangkah dengan iman, dan tak lama selepas itu anda akan dapati bahawa tidak ada sukacita yang lebih besar berbanding menjadi alat Roh Kudus untuk memberkati orang-orang lain.
5. Adakah saya perlukan seseorang mentor untuk menolong saya? Anda tidak boleh sampai ke tahap yang anda perlu pergi seorang diri. Kita semua perlukan orang-orang yang menunjukkan teladan, pengajar-pengajar dan pendorong-pendorong. Saya suka meluangkan masa dengan orang-orang Kristian yang penuh semangat dan bersungguh-sungguh, yang nyala api rohaninya mudah merebak. Kadang-kadang saya membuat temujanji dengan mereka supaya saya dapat mempelajari daripada hikmat dan pengalaman mereka. Dekatilah serapat mungkin mereka yang boleh membantu anda bertumbuh.
6. Bagaimanakah saya telah mempengaruhi orang lain untuk Kristus? Sukacita terbesar dalam hidup saya adalah menabur dalam hidup orang-orang lain - terutamanya apabila saya semakin dewasa dan menyedari hidup bukanlah "mengenai saya." Yesus berkata misi kita adalah untuk "menjadikan murid" (Mat 28:19), namun begitu ramai orang Kristian tidak pernah benar-benar meninggalkan kesan dalam hidup orang lain. Jika anda pada waktu ini tidak memuridkan orang lain, lihatlah sekeliling anda dan mohon kepada Tuhan menunjukkan anda ladang tuaian anda.
7. Bagaimanakah saya dapat mengelakkan kesilapan-kesilapan masa lampau? Anda tidak perlu tinggal terus dalam tabiat-tabiat 2018. Bertaubatlah daripada detik-detik kelemahan anda. Berpalinglah daripada dosa-dosa yang dilakukan secara sedar dan kemudian berlarilah kembali ke dalam dakapan Bapa. Allah telah mengampuni anda, dan anda boleh maju ke hadapan! Tahun Baru sesungguhnya boleh menjadi permulaan baru.
8. Adakah saya berhubungan dengan orang-orang yang tepat? Tuhan memanggil kita untuk hidup berkomuniti. Jangan hidup secara keseorangan. Tetapi pastikan anda dalam gereja yang menyala-nyala bagi Tuhan. Jika gereja anda berkompromi dalam Firman Tuhan atau mengabaikan Amanat Agung, anda harus mencari gereja baru sebagai keluarga anda.
9. Apakah yang Tuhan katakan kepada saya sambil saya memasuki Tahun Baru? Tuhan mengenali anda dan Dia mengetahui masa depan anda. Dia juga tahu cabaran-cabaran yang anda hadapi dan ribut yang mungkin datang tahun ini. Yeremia 29:11 mengatakan, "Sebab Aku ini mengetahui rancangan-rancangan apa yang ada pada-Ku mengenai kamu, demikianlah firman TUHAN, yaitu rancangan damai sejahtera dan bukan rancangan kecelakaan, untuk memberikan kepadamu hari depan yang penuh harapan." Tuhan mengasihi anda. Jika anda mencari-Nya, Dia akan berbicara sesuatu perkataan ke dalam hati anda - dan perkataan itu akan melonjakkan anda ke musim yang baru.
10. Apakah matlamat-matlamat yang harus saya letakkan? Orang yang ada matlamat mempunyai hala tuju. Tetapi mereka yang tidak memiliki cita-cita akan bergerak tanpa haluan. Menetapkan matlamat adalah langkah pertama ke arah kejayaan. Tetapi pastikan anda menuliskan matlamat anda. Tuliskan secara jelas dan jadikannya sasaran. Nabi Tuhan telah berkata dalam Habakuk 2:2b, "Tuliskanlah penglihatan itu dan ukirkanlah itu pada loh-loh, supaya orang sambil lalu dapat membacanya."
Saya berdoa Tuhan akan memberikan anda kekuatan baru untuk berlari dalam perlumbaan iman pada 2019.

(Diterjemahkan daripada artikel Charisma Magazine bertajuk, "10 Powerful Questions To Ask As You Start 2019" yang ditulis oleh J. Lee Grady bertarikh 3 Januari 2019)