Penggunaan B.C. (Sebelum Masihi) dan A.D. (Tahun Masihi) adalah cara-cara untuk menentukan tahun-tahun dalam kalendar. Ianya tidak diajar dalam Alkitab, tetapi ianya adalah sistem biasa merekod tarikh di sekeliling dunia. Sistem ini tidak menggunakan Tahun 0 kerana ianya menetapkan tahun sebelum dan selepas suatu detik yang khusus dalam garis masa yang kita kenali - titik tolak dari suatu peristiwa utama dalam sejarah manusia. Apakah titik tolak peristiwa yang penting itu? Kelahiran Yesus Kristus!
Sabtu, 30 Mac 2019
Jumaat, 29 Mac 2019
Nukilan Cinta YB Yeo Bee Yin Untuk Suami Menjadi Viral
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin telah dipersatukan dalam pernikahan dengan Lee Yeow Seng, anak seorang jutawan yang menguasai kumpulan kelapa sawit dan hartanah IOI pada Jumaat, 29 Mac, begitu dilaporkan oleh agensi berita Bernama.
KontraS Desak Pemerintah Siasat Kes Hilangnya Warganegara Indonesia Di Malaysia
![]() |
| Dari kiri: Yati Andriyani (Koordinator KontraS), Amiruddin (Pegawai Komnas HAM) Kanan: Iman Setiawan Sitepu dengan foto kakaknya, Ruth Sitepu (Foto: The Jakarta Post) |
Komisi untuk Orang Hilang dan Korban Tindak Kekerasan
(KontraS) mendesak pemerintah Indonesia untuk pro-aktif menyiasat kes hilangnya Warga
Negara Indonesia (WNI) atas nama Ruth Rudangta Sitepu di Malaysia. Sebabnya kehilangan Ruth sudah memasuki tahun kedua sejak diketahui hilang pada November
2016.
Khamis, 28 Mac 2019
Alkitab Versi Borneo Kini Tersedia Dalam YouVersion
5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Bahasa Roh
Oleh Brian Alarid:
Tanpa ragu-ragu lagi, bahasa roh adalah kurnia rohani yang paling kontroversi dalam Perjanjian Baru. Adakah ianya daripada Tuhan atau daripada Iblis? Haruskah orang-orang beriman mengabaikannya, menentangnya atau menyambutnya? Ada banyak soalan yang berasas mengenai bahasa roh yang memerlukan respons yang berhikmah dan alkitabiah. Mari kita meneliti lima daripadanya:
Tanpa ragu-ragu lagi, bahasa roh adalah kurnia rohani yang paling kontroversi dalam Perjanjian Baru. Adakah ianya daripada Tuhan atau daripada Iblis? Haruskah orang-orang beriman mengabaikannya, menentangnya atau menyambutnya? Ada banyak soalan yang berasas mengenai bahasa roh yang memerlukan respons yang berhikmah dan alkitabiah. Mari kita meneliti lima daripadanya:
Selasa, 26 Mac 2019
Penyanyi Brad Paisley Berkata Isterinya Adalah Mukjizatnya Dalam Kisah Di Sebalik Lagu "My Miracle"
Kisah cinta antara Brad Paisley dan isterinya, Kimberly Williams-Paisley, begitu manis dan menginspirasikan. Setelah bernikah selama 16 tahun. Brad telah menghasilkan sebuah lagu baru bertajuk, "My Miracle" yang didedikasikan kepada isterinya.
Khamis, 21 Mac 2019
LifeWay Akan Tutup Kesemua 170 Kedainya Yang Masih Wujud
Menjelang hujung tahun ini, LifeWay Christian Resources akan menutup kesemua kedainya. Pada waktu ini, ianya menjalankan 170 kedai buku, bahan sumber dan cenderahati di sekeliling negara.
Selasa, 19 Mac 2019
Peguam Tetap Kata Polis Terlibat Kehilangan Amri, Koh
Isnin, 18 Mac 2019
All Saints, Kelas Kembali Normal, Tiada Kaitan Isu Agama Atau Kaum
SM All Saints Likas Tidak Lagi Asing Kelas Pelajar Ikut Agama
KOTA KINABALU: Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah
mengarahkan Sekolah Menengah (SM) All Saints Likas di sini tidak meneruskan
pengasingan kelas mengikut agama bagi pelajar tingkatan 1 di sekolah itu.
Ahad, 17 Mac 2019
Penduduk Sabah Hampir 4 Juta Orang Menjadikannya No.2
KOTA KINABALU: Perangkaan dari Jabatan Statistik menunjukkan Sabah memiliki penduduk kedua tertinggi di Malaysia selepas Selangor dengan 3.9 juta penduduk pada 2017. Di bandaraya itu sahaja, terdapat 553,900 penduduk, 51.5 peratus lelaki dan 48.5 peratus perempuan.
Tindakan 'Pembetulan' Untuk Sekolah Asing Pelajar Ikut Agama Di Sabah
Ibu Bapa Bantah Sekolah Asing Pelajar Ikut Agama Di Sabah
Sabtu, 16 Mac 2019
4 Sebab Anda Harus Berfikir Seperti Semut
Pagi tadi saya terlihat artikel ini dan terus tertarik sebab dalam Alkitab, Amsal 6:6-8 mengajar kita untuk memerhatikan semut...
Bilakah kali terakhir anda melihat semut sampai ke suatu halangan dan berputus asa lalu tunduk kepala dan bergerak balik ke lubang semutnya untuk bersantai? Tak pernah.
Jumaat, 15 Mac 2019
8 Bahaya Tidak Mempelajari Teologi
Oleh Chuck Lawless:
Semalam saya telah menuliskan artikel mengenai bahaya-bahaya mempelajari teologi, dan saya telah memulakan artikel saya dengan kata-kata ini: "Terdapat juga bahaya-bahaya besar tidak mempelajari teologi." Saya menyedari bahawa orang-orang Kristian yang tidak mempelajari teologi juga mempunyai sistem kepercayaan mereka sendiri, dan saya tahu di mana dan bagaimana kita mempelajari teologi adalah berbeza-beza. Bagaimanapun, saya menjadi risau apabila kita memilih untuk tidak menangani usaha-usaha pembelajaran teologi. Jadi sebagai respon kepada seorang pembaca artikel semalam, berikut adalah beberapa bahaya yang timbul di fikiran:
Khamis, 14 Mac 2019
BEM On the Rock Akan Anjurkan Rapat Umum Kebangunan Rohani Selama Dua Malam
MIRI: Borneo Evangelical Mission (BEM) On the Rock akan menganjurkan Rapat Kebangunan Rohani Kristian selama dua malam iaitu pada hari ini (14 Mac) dan esok di Eastwood Valley Golf dan Country Club di sini.
7 Bahaya Dalam Mempelajari Teologi
Sebelum saya mengatakan apa-apa, saya ingin berikan penjelasan mengenai artikel ini. Saya sangat percaya dalam pembelajaran teologi dan aplikasi Firman Tuhan dalam hidup kita. Artikel ini membicarakan bahaya-bahaya dalam mempelajari teologi, tetapi terdapat juga bahaya-bahaya besar tidak mempelajari teologi. Saya telah dididik di sekolah teologia di mana teologinya boleh dipersoalkan pada waktu itu, tetapi saya seorang profesor teologi hari ini sebab sekolah teologia itu dan yang lain-lain - seperti Southeastern Seminary, di mana saya sedang mengajar - telah kembali kepada Firman sebagai asasnya. Walau bagaimanapun, saya telah bangkitkan bahaya-bahaya mempelajari teologi ini, barangkali untuk menggalakkan ahli-ahli teologi muda untuk mengekalkan keseimbangan dalam pembelajaran mereka.
Rabu, 13 Mac 2019
Lelaki Ditelan Ikan Paus
Selasa, 12 Mac 2019
Tahukah Anda... Apakah Nilai 2 Wang Tembaga Janda Miskin Itu?
Kisah Janda Dengan Dua Wang Tembaga telah disampaikan dalam Injil (Markus 12:41-44, Lukas 21:1-4) di mana Yesus sedang mengajar di Bait Suci di Yerusalem.
Kapal Terbang Berpatah Balik - Seorang Ibu Terlupa Bayinya Di Lapangan Terbang
Pagi tadi saya terbaca berita Gulf News mengenai sebuah kapal terbang yang terpaksa berpatah balik kerana seorang penumpangnya telah tertinggal bayinya di lapangan terbang. Penerbangan Arab Saudi SV832 itu telah berlepas dari Jeddah untuk ke Kuala Lumpur pada hujung minggu lalu ketika juruterbang dimaklumkan keadaan itu. Juruterbang itu kemudiannya telah mendaratkan kembali kapal terbang di Jeddah untuk mempersatukan ibu dengan bayinya.
Imej Yesus Muncul Di Langit Sambil Matahari Bersinar Melalui Awan-Awan Di Itali
Foto-foto yang dramatik telah muncul menunjukkan apa yang kelihatan seperti imej Yesus yang berkilauan di atas sebuah bandar Itali sambil sinaran matahari menyinari melalui awan-awan.
Ahad, 10 Mac 2019
Sidang Jemaat Melaporkan Melihat Yesus Dalam Asap Selepas Kebakaran Memusnahkan Gereja
Mimpi Profetik: Doa Anda Tak Menjadi Kerana Tak Disertai Iman
Dalam Roh, saya melihat banyak doa-doa sedang terangkat ke atas ke arah takhta Tuhan. Saya dapat merasa banyak daripada doa-doa itu sedang didoakan menurut kehendak Bapa yang sempurna. Banyak daripada doa-doa itu adalah agar kurnia, panggilan dan destini dijadikan nyata. Majoritinya adalah bungkusan-bungkusan doa untuk orang-orang yang tersesat, terutamanya ahli-ahli keluarga. Banyak daripada doa-doa itu terdiri daripada laungan keras, siang dan malam dengan berpuasa, yang telah menjadi beban berat dalam hati sejak bertahun-tahun.
Sabtu, 9 Mac 2019
5 Wanita Yang Tidak Dinamakan Dalam Alkitab
Khamis, 7 Mac 2019
Yesus Mengubah Kita Dengan Mengubah Cara Kita Melihat
Saya adalah ahli Lembaga Pengarah untuk jurnal Image, dan dalam suatu edisi terbaru, kami telah menemubual Barbara Brown Taylor, seorang paderi Episcopal, guru dan pengarang 14 buku. Dalam perbualan itu, dia mengatakan sesuatu yang membuatkan saya tergamam. Sesuatu yang dilakukan oleh Yesus yang harus difikirkan dengan lebih mendalam oleh sesiapa pun yang biasa menyampaikan iman Kristian. Terutamanya jika anda seorang pastor, pemimpin pelayanan atau terlibat dalam komunikasi, saya menggalakkan anda untuk merenungkan pengertian yang mengkagumkan ini:
Rabu, 6 Mac 2019
Isteri Raymond Koh, Amri Che Mat Mahu Siasatan Baru
Soalan Panas Dibangkit Dalam Pusingan Akhir Inkuiri Suhakam 2 Aktivis Hilang
KUALA LUMPUR: Siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ke
atas kehilangan Pastor Raymond Koh dan Pengasas Perlis Hope, Amri Che Mat
berada di pusingan terakhir dengan peguam memberi hujah lisan mereka hari ini.
11 Perkara Yang Mungkin Terjadi Apabila Anda Cepat Tinggalkan Sesebuah Gereja
Mungkin anda pernah melihatnya terjadi. Seseorang dalam gereja - dari kalangan anggota biasa atau pemimpin - merasa marah mengenai sesuatu dan meninggalkan gereja dengan cepat. Kadangkala kakitangan gereja juga tanpa disangka meninggalkan gereja dengan cepat. Inilah apa yang mungkin terjadi jika anda melakukan itu:
Tiada Satu Alkitab Terbakar Dalam Api Yang Musnahkan Gereja
Awal pagi Ahad, 3 Mac, kebakaran telah menghanguskan bangunan Freedom Ministries Church di Grandview, West Virginia. Tetapi menarik sekali, tiada satu Alkitab atau salib di gereja itu yang dirosakkan oleh api itu.
Chuck Colson - Dari Penjara Menjadi Pengasas Prison Fellowship
Charles Wendell "Chuck" Colson (1931-2012) telah berkhidmat sebagai Penasihat Khas kepada Presiden Richard Nixon dari 1969-1973, tetapi paling dikenali sebagai orang suruhan Nixon untuk melakukan kerja-kerja sukar dan tidak popular.
Selasa, 5 Mac 2019
Gereja Baru St Peter's Parish Bakal Jadi Mercu Tanda Penting Di Kuching
![]() |
| Lukisan artis memaparkan Gereja St Peter's Parish yang akan dibina |
KUCHING: Gereja baru St. Peter's Parish yang akan dibina tidak lama lagi di Padungan akan menjadi mercu tanda yang penting di landskap Kuching apabila selesai dibina, kata datuk bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Datuk James Chan.
Isnin, 4 Mac 2019
Joel Osteen Jadi Penerbit Eksekutif Untuk Siri Terbaru Yesus
Acara lapan episod History Channel, Jesus: His Life menerokai kisah Yesus menerusi kanta yang unik; orang-orang dalam hidupnya yang paling rapat kepadanya. Setiap bab itu diceritakan daripada perspektif tokoh alkitabiah yang berbeza, setiap daripada mereka yang telah memainkan peranan penting dalam kehidupan Yesus, termasuk Yusuf, Yohanes Pembaptis, Maria ibu Yesus, Kayafas, Yudas Iskariot, Maria Magdalena dan Petrus.
Sabtu, 2 Mac 2019
Kisah Iman Yang Menginspirasikan - Joni Eareckson Tada
Joni Eareckson Tada telah dilahirkan pada 1948 dan baru berumur 17 tahun ketika satu kemalangan semasa membuat penerjunan menyebabkannya lumpuh kesemua lengan tangan dan kakinya. Dia tenggelam dalam depresi, bergelut dengan fikiran untuk membunuh diri dan mulai meragui Tuhan.
Langgan:
Ulasan (Atom)
































