Rabu, 17 Julai 2019

Sejarah Ringkas - Di Sebalik Pelayanan Doa Gunung Murud


SEJARAHNYA

Roh Kudus memulakan pekerjaan besar di kalangan penduduk Ba' Kelalan

pada November 1973, dan orang ramai mula menjadi lapar akan Firman Tuhan. Kebaktian doa diadakan pada siang dan malam dan orang-orang yang berkumpul semakin ramai. Para penduduk, lelaki dan perempuan mula menerima kurnia-kurnia Roh Kudus. Para penduduk bertaubat dari cara hidup yang lama dan berpaling kepada Yesus Kristus.

Pada 1974, Encik Tagal Paran (yang sudah bersara sebagai Pastor)

memimpin satu kumpulan doa seramai 40 orang bertempat di rumahnya pada tahun itu. Dalam satu kebaktian doa, Tuhan berbicara kepada Pastor Agong Bangau untuk berhadapan dosa-dosanya. Dalam satu penglihatan, dia melihat dirinya dalam keadaan telanjang di hadapan Tuhan oleh kerana dosa-dosanya. 

Dia mulai mengakui dosa-dosanya di hadapan Tuhan dan memohon pengampunan Tuhan. Kemudian dia melihat penglihatan dirinya sekali lagi, tetapi kali ini dia berseluar panjang tetapi tidak berbaju. Dia kemudiannya mengakui dosa-dosanya sekali lagi dan memohon pengampunan sepenuhnya dari Tuhan yang mana dikabulkan kepadanya. Sejak masa itu, Tuhan telah memakai Pastor Agong Bangau dengan cara yang berkuasa sebagai seorang "nabi."

Pada tempoh antara 1975-1976

terdapat nubuatan-nubuatan bahawa perkara-perkara ajaib akan terjadi di Gunung Murud dan bukit-bukit sekelilingnya iaitu Batu Lawi, Buduk Abul dan Buduk Belingi'.


Telah dinubuatkan bahawa tanda-tanda mukjizat 

dan ajaib akan terjadi di langit, dan apabila itu berlaku, umat akan tahu bahawa Tuhan Israel adalah Tuhan mereka juga. Tuhan menyuruh Pastor Agong untuk berdoa kepada-Nya di gunung-gunung dan bukit-bukit itu. Bertahun kemudian, nubuatan-nubuatan itu telah digenapi.

Pada 20 Julai 1985

penduduk Ba' Kelalan telah mendaki Gunung Murud untuk berdoa. Ianya telah dihadiri oleh lebih daripada 600 orang. Ini telah menandakan permulaan Pelayanan Doa Gunung Murud.

Pada hari ini, orang dari sekeliling dunia

setelah mendengar mengenai kisah Pekerjaan Roh Kudus di Ba' Kelalan datang untuk menyertai doa, retret doa dan koferensi doa di Gunung Murud. 

(Diterjemahkan daripada artikel Mount Murud Prayer Ministry bertajuk, "The History")