Tanda-Tanda dan Mukjizat (1984 & 1985)
Mukjizat-mukjizat itu mulai terjadi di antara 1984 dan 1985. Yang pertama adalah ketika beras dan air telah bertukar menjadi tepung dan minyak. Umat menggunakan tepung dan minyak itu untuk dijadikan kuih dan mengedarkannya untuk dimakan. Menakjubkan sekali, kuih itu tidak kehabisan. Ianya mukjizat penggandaan seperti yang terjadi ketika Yesus memberi makan beribu orang.
Mukjizat kedua menyerupai pertemuan Elia dengan nabi-nabi Baal. Di Gunung Murud, Tuhan mengarahkan seorang hamba Tuhan untuk mencampurkan pasir, batu, lumut dan membasahi campuran itu dengan air. Umat dicabar untuk menyalakannya dengan api, tetapi itu tidak dapat dilakukan. Hamba Tuhan itu berdoa, memukul campuran itu dengan seutas tali pinggang seperti yang diarahkan oleh Tuhan, dan campuran itu meletus terbakar! Tuhan mempunyai tujuan untuk mukjizat itu. "Ianya untuk memberitahu dunia bahawa pada akhir zaman, Tuhan akan membinasakan dunia dengan api." kata Philip Siang.
Agung Bangau dengan cebisan daripada batu, pasir dan lumut yang terbakar oleh "api kudus" (keratan akhbar New Straits Times) |
Peristiwa-peristiwa ajaib lain telah terjadi pada hari-hari lain. Terdapat banyak penampakan bola api dan bintang, setiap penampakan itu disaksikan oleh ratusan orang. Terdapat juga nyanyian malaikat yang telah didengar oleh individu-individu berbeza. Siang juga mengisahkan suatu ketika apabila Tuhan menyuruh mereka memgadakan suatu lakonan.
"Beberapa orang telah bersembunyi dalam sebuah bilik dalam kegelapan, kemudian lampu dinyalakan. Semua orang disuruh mencari mereka yang sedang bersembunyi, dan orang-orang yang menjumpai mereka akan mendapat hadiah. Pelajaran di sebalik lakonan ini adalah bahawa kita mestilah bekerja sementara masih siang. Inilah waktunya untuk pergi kepada bangsa-bangsa dan mengkhabarkan pertaubatan."
Tuhan telah berbicara kepada ramai dan semua orang, tetapi sedikit orang yang telah diurapi untuk memimpin kebangunan rohani itu. Salah seorang daripada mereka adalah Agung Bangau, yang Siang katakan telah menjadi "pembesar suara pembangunan rohani itu", walaupun dia sebenarnya seorang yang lemah lembut, bersuara lembut dan baik hati.
Agung Bangau dan isterinya |
"Pak Agung memiliki takut pada Tuhan sejak dari usia muda. Namun begitu dia juga telah diinsafkan akan dosa-dosanya, bertaubat dan meminta ampun daripada umatnya. Dia menyiapkan dirinya untuk dipakai oleh Tuhan. Dia mendapat mimpi dan penglihatan dan malaikat menjelma kepadanya. Tuhan juga telah membawanya dalam angin kencang ke syurga tingkat pertama dan kedua. Tetapi dia mengekalkan kerendahan hatinya, salah satu ciri terpenting seorang hamba Tuhan. Seperti Musa, dia adalah seorang yang rendah hati, seorang yang tiada cacat celanya. Tuhan melihat padanya seorang yang dapat dipakainya untuk kebangunan rohani itu.