Khamis, 27 Oktober 2022

Ahli Teologia Amerika-Kanada Yang Disayangi, Gordon Fee Meninggal Dunia Pada Usia 88


Sarjana dan ahli teologia Perjanjian Baharu yang terbilang, Gordon Fee telah meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Dia meninggal dunia pada hari Selasa, 25 Oktober, di rumahnya di New York City.

Yohanes 3:16 Adalah Ayat Alkitab Paling Popular Menurut Banci Digital


Yohanes 3:16 adalah ayat Alkitab paling popular di dunia, menurut suatu banci digital oleh World Vision.

Ayat itu menyatakan, "Allah begitu mengasihi dunia sehingga menganugerahkan Anak-Nya yang tunggal supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa melainkan mendapat hidup kekal."

Sabtu, 22 Oktober 2022

Tuhan, Berilah Aku Kedamaian...


"Tuhan, berilah aku 

Kedamaian untuk menerima hal-hal yang aku tidak dapat ubah,

Keberanian untuk mengubah hal-hal yang aku dapat ubah,

Dan kebijaksanaan untuk membezakan keduanya."

- Reinhold Niebuhr (1892-1971)

Selasa, 18 Oktober 2022

Kisah Hidup C.S. Lewis - Penulis "The Chronicles Of Narnia"


C.S. Lewis terkenal sebagai pengarang "The Chronicles of Narnia" tetapi tidak ramai orang yang mengenali kisah dalam hidup C.S. Lewis sendiri. Inilah kisahnya: 

"Saya tinggi, gemuk, agak botak, dengan wajah kemerah-merahan, dagu berlapis, berambut hitam dan mempunyai suara yang dalam, dan memakai cermin mata untuk membaca," Clive Staples Lewis telah menulis kepada seorang peminat muda pada 1954. Jika pengarang yang terkenal ini cenderung memerhatikan pakaian, dia mungkin dapat menambah bahawa seluar panjangnya sering amat perlu diseterika, jaketnya usang dengan kesan carikan dan bekas makanan, kasutnya terhakis dan usang di bahagian tumit.

Khamis, 13 Oktober 2022

Tangmo Nida - Pengebumian Selebriti Menjadi Penjangkauan Injil Terbesar Negara Thai


Selepas Pimduan "Duan" Nagaviroj mendengar mengenai nahas mati lemas Nida Patcharaveerapong yang berusia 37 tahun pada Februari lalu, dia menyertai berjuta orang Thai yang lain untuk menonton livestream (penstriman langsung) pengebumian dan penghormatan untuk pelakon wanita TV yang terkenal itu, yang lebih dikenali sebagai Tangmo Nida.

Selasa, 11 Oktober 2022

William Carey - Dari Tukang Kasut Menjadi Bapa Misi Modern


Dilatih sebagai tukang kasut, William Carey telah menjadi terkenal sebagai "Bapa Misi Modern" untuk kerja misionarinya di India. Adalah dikisahkan pada 1787, dia telah mencadangkan bahawa semua orang Kristian mempunyai tanggungjawab untuk mengongsikan Injil di sekeliling dunia, lalu dia telah diberitahu, "Anak muda, duduklah. Kalau Tuhan berkenan untuk menukar kepercayaan orang-orang kafir kepada Kristian, Dia akan melakukannya tanpa bantuanmu atau saya.

Tahukah Anda... 5 Bangunan Tertinggi Dunia Pada 2022?


Mercu tanda baharu negara, Merdeka 118 kini secara rasminya telah menjadi menara tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara. Pencapaian itu direkodkan setelah penyempurnaan puncak menara itu berlangsung pada 30 November 2021.

Sabtu, 8 Oktober 2022

Brother Andrew Adalah Hero Saya


Oleh J. Lee Grady:

Ketika Andrew van der Bijl masih muda, para doktornya memberitahunya bahawa dia "terlalu lemah untuk merantau" kerana sakit belakangnya yang berterusan. Nasihat itu kelihatan pelik sekarang, bila kita mengimbas kembali kehidupan penginjil lagenda ini yang telah dikenali sebagai "Brother Andrew." Selepas dia mula menyeludup Alkitab ke negara-negara Komunis pada 1955, dia telah memakai habis berbelas pasport, mengunjungi lebih 125 negara dan telah merantau lebih sejuta batu - banyak daripadanya dalam Volkswagen birunya yang terkenal yang telah digelarnya "kereja mukjizatnya."