Nick Vujicic yang dilahirkan tanpa lengan dan kaki kini menjadi penceramah motivasi telah berceramah kepada lebih 3 juta orang di 24 negara di 5 benua |
Seorang lelaki yang telah dilahirkan tanpa lengan dan kaki menyatakan bahawa dia memerlukan Tuhan untuk lebih daripada lengan dan kaki semasa acara Harvest di Seattle Ahad yang lalu.
Nick Vujicic, seorang penceramah motivasi Kristian, mengatakan bahawa dia menyerahkan hidupnya kepada Yesus Kristus pada umur 15 tahun apabila dia membaca kisah orang buta dengan Yesus dalam Yohanes 9. Apabila orangramai menanya Yesus mengapakah orang itu telah dilahirkan buta, Yesus menjawab bahawa ianya adalah supaya pekerjaan Tuhan dapat dinyatakan melalui orang buta itu.
“Dia menyembuhkan mata orang buta itu (dalam Yohanes 9). Tetapi apa yang aku katakan kepada Tuhan ialah, “Aku tidak tahu apakah rencana-Mu, tetapi aku percaya kepada-Mu. Aku perlukan Engkau bukan hanya untuk lengan dan kaki, [tetapi] aku perlu damai. Aku perlu pengampunan. Aku perlu tujuan,” kata Vujicic, presiden pertubuhan Life Without Limbs (Hidup Tanpa Lengan dan Kaki), kepada Greg Laurie di acara Seattle Harvest.
Vujicic yang telah dilahirkan tanpa ada lengan ataupun kaki, mengongsikan kesaksiannya yang menginspirasikan itu kepada para hadirin seramai 15,000 di Arena Key di Seattle pada Ahad lalu. Lebih daripada 93,000 orang telah menonton acara itu melalui internet dan 1,692 orang menerima undangan pada penghujung malam itu untuk menyerahkan hidup mereka kepada Yesus.
Selama acara tiga hari di Seattle Harvest 2010, 39,000 orang telah hadir secara peribadi, 162,717 telah menonton melalui siaran web dan 4,225 membuat keputusan untuk Kristus.
Penceramah motivasi kelahiran Australia itu, yang telah memberikan inspirasi kepada ribuan orang di sekeliling dunia, telah mengongsikan bahawa apabila Tuhan tidak mengabulkan mukjizat yang diminta oleh seseorang (Vujicic telah berdoa agar lengan dan kakinya akan bertumbuh secara mukjizat), Tuhan boleh melakukan mukjizat yang lain.
“Tuhan masih boleh menggunakan anda sebagai mukjizat kepada orang lain untuk membawa mereka kepada kebenaran dan pengenalan akan Yesus Kristus,” katanya.
Sebelumnya pada malam itu, Greg Laurie, pastor utama di sebalik Rapat Umum Harvest dan pastor senior Harvest Christian Fellowship di Riverside, California, menjawab persoalan mengapakah adanya penderitaan di dunia. Dia katakan bahawa manusia, pada umumnya, adalah bertanggungjawab ke atas masalah yang kita hadapi di dunia hari ini. Penyakit, kecacatan dan kematian adalah akibat daripada dosa, katanya.
“Kita biasanya meletakkan semua tanggungjawab ke atas masalah dan penderitaan kemanusiaan ke atas bahu Tuhan,” kata Laurie, yang seterusnya menyatakan bahawa setiap orang telah dilahirkan dengan sifat dosa. “Tuhan telah memberikan kita kebebasan untuk memilih dan nenek moyang pertama kita, Adam dan Hawa, membuat pilihan yang silap di Taman Eden,” katanya.
Vujicic, yang telah belajar mengatasi kepahitan berkenaan keadaan fizikalnya, meninggalkan pesan kepada para hadirin tentang bagaimana menjadi bahagia. Ada orang mengatakan bahawa mereka tidak akan bahagia sehinggalah mereka berkahwin, mempunyai pekerjaan, dapat menabung wang, atau memiliki lebih ramai kawan, kata penulis buku baru Life Without Limits itu.
Tetapi memiliki semua itu tidak semestinya membuat anda bahagia, katanya.
“Ianya bukan mengenai luaran seseorang. Ianya mengenai keutuhan secara dalaman,” kata Vujicic. “Sebab aku telah melihat begitu ramai orang yang memiliki kecukupan secara luaran tetapi yang tidak mengenali kebenaran. Kebenaranlah yang membebaskan kita, dan siapapun yang dimerdekakan oleh Anak, orang itu benar-benar bebas.”
Acara Seattle itu merupakan rapat umum Harvest terakhir untuk tahun 2010. Acara Harvest yang akan datang akan diadakan di Auckland, New Zealand pada Jun 2011.
"Aku perlukan Engkau bukan hanya untuk lengan dan kaki, aku perlu damai. Aku perlu pengampunan. Aku perlu tujuan." - Nick Vujicic
(Dipetik dan diterjemah daripada artikel The Christian Post "Man Without Limbs: I Need God for More than Arms, Legs" bertarikh 8 November 2010)
Baca juga "Nick Vujicic Berbulan Madu Dengan Isteri Di Hawaii"
Baca juga "Nick Vujicic Berbulan Madu Dengan Isteri Di Hawaii"