Rabu, 4 Julai 2012

Mutiara Yang Sangat Berharga

(Cerita Perumpamaan ini yang berkenaan harga menjadi murid Kristus telah diambil dari buku "Call to Discipleship" yang ditulis oleh Juan Carlos Ortiz)

Jadi apabila seseorang ketemu Yesus, dia akan membayar dengan harga segala yang dimilikinya. Yesus memiliki kebahagiaan, sukacita, damai, kesembuhan, jaminan, hidup kekal. Manusia takjub melihat mutiara yang seperti itu dan berkata, "Aku mahu mutiara ini. Berapakah harganya?"

"Penjual itu berkata, 'Ianya tersangat berharga, terlalu mahal.'
"Tetapi berapa harganya?'
"Oh, ianya sangat mahal.'
"Bolehkah aku membelinya?'
"Kau perlu membayar dengan segala yang kau miliki - tidak lebih dan tidak kurang - jadi sesiapapun boleh membelinya."
"Aku mahu membelinya.'

"Apakah yang kau miliki? Mari saya tuliskan.'
"Aku ada RM10,000 di bank.'
"Baik, RM10,000. Apa lagi?'
"Aku tak ada apa-apa lagi. Itu saja yang aku ada.'

"Kau tidak punya apa-apa lagi?'
"Oh, aku ada sedikit wang dalam kocekku.'
"Berapa banyak?'
"Biar aku tengok: tiga puluh, empat puluh, lima puluh, lapan puluh, seratus dua puluh - seratus dua puluh ringgit.'
"Ok. Apa lagi yang kau ada?'

Kereta di dalam garaj
(pondok letak kereta)
"Aku tak ada apa-apa lagi. Itu saja.'
"Di manakah kau tinggal?'
"Aku tinggal di rumahku.'
"Ok, rumah itu juga.'
"Maksudmu aku harus tinggal di garaj?'
"Oh, kau ada garaj? Itu juga. Apa lagi?'
"Maksudmu aku tinggal dalam kereta saja?'
"Kau punya kereta?'
"Aku punya dua kereta.'
"Kedua-dua menjadi milikku. Kedua-dua kereta. Apa lagi?'

Keluarga juga!
"Ah, kau sudah ambil rumah, garaj, kedua-dua kereta dan wangku, segalanya.'
"Apa lagi?'
"Apakah kau keseorangan di dunia?'
"Tidak, aku punya seorang isteri, dua orang anak...'
"Ya, isterimu dan anak-anak juga.'
"Juga?'
"Ya, segala yang kau miliki. Apa lagi?'
"Aku tidak punya apa-apa lagi. Aku tinggal seorang saja.'

'Oh ya, kau juga! Segala-galanya menjadi milikku - isteri, anak-anak, rumah, wang, kereta - segalanya. Dan kau juga. Begini, kau boleh pakai semua yang ada itu, tetapi jangan lupa bahawa semua itu milikku, seperti juga kau adalah milikku. Pada waktu aku memerlukan mana-mana dari semua itu yang ada padamu, kau harus serahkannya padaku sebab sekarang aku pemiliknya.'

"Demikian pula hal Kerajaan Syurga itu seumpama seorang pedagang yang mencari mutiara yang indah. Setelah ditemukannya mutiara yang sangat berharga, iapun pergi menjual seluruh miliknya lalu membeli mutiara itu." (Matius 13:45-46)

(Diterjemah dari laman web Sermon Illustrations  - petikan dari buku "Call to Discipleship" yang ditulis oleh Juan Carlos Ortiz)