Pemain Brazil, Edmilson menjulang tinggi piala kemenangan selepas Brazil menjuarai Piala Dunia 2002 di Korea dan Jepun |
Peminat lama bola sepak tentu masih mengingati detik sewaktu Brazil memenangi Piala Dunia 2002 di Jepun. Pasukan itu berlutut untuk doa kesyukuran, dan di atas podium kejuaraan, sebilangan daripada pemain-pemainnya memakai baju dengan slogan "I belong to Jesus" dan "Jesus loves you."
Piala Dunia 2014 - ianya dipertandingkan empat tahun sekali - bermula di Sao Paolo pada 12 Jun, dengan 32 pasukan bertanding untuk tempoh sebulan. Brazil, pasukan tuan rumah, adalah pasukan pilihan untuk merangkul piala kejuaraan untuk rekod kali keenam.
Sekiranya itu berlaku, anda mungkin akan menyaksikan lagi kesaksian Kristian. Sebabnya pasukan Brazil terdiri daripada sebilangan Kristian yang komited.
Salah satu daripada mereka ialah pembantu ketua pasukan, David Luiz yang telah bermain sebagai pemain pertahanan tengah untuk pasukan terkenal Chelsea di England (namun begitu pada musim hadapan dia akan berpindah ke pasukan juara Perancis, Paris Saint-Germain).
Pemain Chelsea, David Luiz berdoa untuk rakan sepasukannya Fernando Torres sebelum satu perlawanan penting |
Dalam foto yang menarik pada tahun 2011 dalam akhbar Inggeris The Independent, Luiz digambar semasa di padang menumpang tangan dan berdoa untuk rakan sepasukannya di Chelsea, pemain serangan dari Sepanyol, Fernando Torres, sebelum sebuah perlawanan yang penting. Seterusnya Chelsea memenangi perlawanan itu 5-0, dan Torres menjaringkan dua gol.
Ketua pasukan Brazil, Thiago Silva, yang dianggap pemain pertahanan terbaik dunia oleh sesetengah pengulas, juga adalah seorang Kristian yang kuat. Semasa mudanya, dan sebagai pemain yang mulai muncul, dia telah bermain untuk waktu yang singkat di Moscow dan di situ dia telah dijangkiti batuk kering. Di ambang maut, dia juga telah diberitahu pada satu waktu oleh para doktor bahawa dia kemungkinan akan kehilangan satu daripada paru-parunya, dan dia terpaksa diketepikan untuk semusim penuh bola sepak.
Dia tidak ragu-ragu lagi mengenai cara ajaib dia telah pulih daripada penyakitnya. "Tuhan telah menyelamatkanku." katanya.
England telah memenangi Piala Dunia 1966, dan sejak itu tidak dapat mencorak kejayaan. Mereka bukanlah antara pasukan pilihan untuk Piala Dunia 2014. Namun begitu sebilangan pengulas secara senyap-senyap sedang mengajukan peluang mereka, terutamanya kerana dua bintang muda yang dinamik, Daniel Sturridge dan Raheem Sterling.
Kedua-duanya bermain untuk Liverpool, dan begitu banyak jaringan mereka semasa musim 2013-14 sehingga pasukan mereka hanya terkurang dua mata daripada pasukan juara Manchester City.
Dalam Liga Perdana Inggeris, tidak ramai pemain yang bersifat lebih terbuka mengenai imannya daripada Sturridge. Dia mengangkat kedua tangannya ke arah langit dengan kesyukuran selepas setiap gol yang dijaringnya, dan apabila dia menghantar tweet, dia sering menggunakan hashtag #godislove dan #godisgood.
Pada September 2013, selepas dia memenangi anugerah Pemain Terbaik Bulanan Barclays, dia telah menghantar tweet, "Segala perkara dapat kutanggung di dalam Dia yang memberi kekuatan kepadaku." Laman Instagramnya dan Facebooknya (yang mendapat 1.8 juta likes), kedua-duanya mengandungi kata-kata Alkitab dan mesej Kristian.
Dia berkata bahawa dia berdoa setiap pagi dan malam, dan Alkitabnya adalah antara miliknya yang paling berharga. Dia juga sangat aktif dalam kerja-kerja kebajikan, termasuk di Jamaica tanah kelahiran ibubapanya, di mana dia telah melancarkan yayasan kebajikannya sendiri untuk anak-anak remaja yang miskin.
Rakan sepasukannya Raheem Sterling dulunya pernah jadi anak remaja yang seperti itu. Dilahirkan di Jamaica, dia telah datang ke England sebagai seorang kanak-kanak bersama ibunya, dan untuk beberapa tahun menjadi anak remaja yang liar, membuntingkan seorang gadis dan ditahan polis atas tuduhan mencederakan (walaupun dia didapati tidak bersalah).
Imannya telah menjadi pengaruh yang telah mengubah anak muda yang panas baran ini, yang baru berumur 19 tahun, dan imannya telah menolongnya menjalani musim 2013-14 yang cemerlang, berikutan itu dipilih menyertai skuad 23 pemain England untuk Piala Dunia. Mesej-mesej tweeternya kini kadangkala memuatkan ayat-ayat Alkitab. Namun begitu, dia mengakui dia masih bergumul.
"Aku tidak 100% kuat agama," dia memberitahu akhbar Inggeris Daily Mail. "Tetapi kepercayaanku kuat. Bila tiba waktunya, aku akan menjadi Kristian yang sepenuhmya. Ibuku banyak membantu, dia pengaruh yang besar dalam hal ini. Iman adalah hal yang penting bagiku. Setiap hari perlawanan, aku meletakkan kepercayaanku pada Tuhan. Ianya bukan satu ritual pra-perlawanan atau hal seperti itu, tetapi aku berdoa di rumah pada hari dan malam sebelumnya. Aku berdoa kebanyakan hari. Aku berusaha melakukannya. Itulah salah satu hal yang aku perlu jadikan amalan biasa."
Pemain-pemain Kristian lain yang kuat juga akan beraksi di Brazil. Bintang Mexico, Javier Hernandez, anak dan cucu kepada pemain-pemain terkenal bola sepak, bermain untuk kelab popular Inggeris Manchester United, dan terkenal dengan berlutut di padang untuk berdoa pada permulaan setiap perlawanan.
Penjaga gol Amerika Syarikat, Brad Guzan telah memberikan kesaksiannya di laman Beyond The Ultimate, yang mengisahkan bintang-bintang sukan. "Aku percaya kita semua memerlukan Kristus dalam hidup kita," tulisnya. "Wang, kemasyhuran, semua kebendaan itu, ianya tidak mempunyai erti jika anda tidak memiliki Yesus dalam hidup anda. Semua benda-benda itu boleh lenyap dalam sekelip mata. Kita tidak boleh terjerat di dalamnya."
Sambil satu lagi pesta besar-besaran Piala Dunia bermula lagi, itu adalah kata-kata yang tepat masanya untuk semua peminat dan pemain bola sepak.
Thiago Silva, pemain kelab Paris Saint-Germain, Perancis adalah kapten pasukan Brazil |
Dia tidak ragu-ragu lagi mengenai cara ajaib dia telah pulih daripada penyakitnya. "Tuhan telah menyelamatkanku." katanya.
England telah memenangi Piala Dunia 1966, dan sejak itu tidak dapat mencorak kejayaan. Mereka bukanlah antara pasukan pilihan untuk Piala Dunia 2014. Namun begitu sebilangan pengulas secara senyap-senyap sedang mengajukan peluang mereka, terutamanya kerana dua bintang muda yang dinamik, Daniel Sturridge dan Raheem Sterling.
Kedua-duanya bermain untuk Liverpool, dan begitu banyak jaringan mereka semasa musim 2013-14 sehingga pasukan mereka hanya terkurang dua mata daripada pasukan juara Manchester City.
Daniel Sturridge |
Pada September 2013, selepas dia memenangi anugerah Pemain Terbaik Bulanan Barclays, dia telah menghantar tweet, "Segala perkara dapat kutanggung di dalam Dia yang memberi kekuatan kepadaku." Laman Instagramnya dan Facebooknya (yang mendapat 1.8 juta likes), kedua-duanya mengandungi kata-kata Alkitab dan mesej Kristian.
Dia berkata bahawa dia berdoa setiap pagi dan malam, dan Alkitabnya adalah antara miliknya yang paling berharga. Dia juga sangat aktif dalam kerja-kerja kebajikan, termasuk di Jamaica tanah kelahiran ibubapanya, di mana dia telah melancarkan yayasan kebajikannya sendiri untuk anak-anak remaja yang miskin.
Raheem Sterling |
Imannya telah menjadi pengaruh yang telah mengubah anak muda yang panas baran ini, yang baru berumur 19 tahun, dan imannya telah menolongnya menjalani musim 2013-14 yang cemerlang, berikutan itu dipilih menyertai skuad 23 pemain England untuk Piala Dunia. Mesej-mesej tweeternya kini kadangkala memuatkan ayat-ayat Alkitab. Namun begitu, dia mengakui dia masih bergumul.
"Aku tidak 100% kuat agama," dia memberitahu akhbar Inggeris Daily Mail. "Tetapi kepercayaanku kuat. Bila tiba waktunya, aku akan menjadi Kristian yang sepenuhmya. Ibuku banyak membantu, dia pengaruh yang besar dalam hal ini. Iman adalah hal yang penting bagiku. Setiap hari perlawanan, aku meletakkan kepercayaanku pada Tuhan. Ianya bukan satu ritual pra-perlawanan atau hal seperti itu, tetapi aku berdoa di rumah pada hari dan malam sebelumnya. Aku berdoa kebanyakan hari. Aku berusaha melakukannya. Itulah salah satu hal yang aku perlu jadikan amalan biasa."
Javier Hernandez berdoa di atas padang sebelum perlawanan |
Pemain-pemain Kristian lain yang kuat juga akan beraksi di Brazil. Bintang Mexico, Javier Hernandez, anak dan cucu kepada pemain-pemain terkenal bola sepak, bermain untuk kelab popular Inggeris Manchester United, dan terkenal dengan berlutut di padang untuk berdoa pada permulaan setiap perlawanan.
Penjaga gol Amerika Syarikat, Brad Guzan telah memberikan kesaksiannya di laman Beyond The Ultimate, yang mengisahkan bintang-bintang sukan. "Aku percaya kita semua memerlukan Kristus dalam hidup kita," tulisnya. "Wang, kemasyhuran, semua kebendaan itu, ianya tidak mempunyai erti jika anda tidak memiliki Yesus dalam hidup anda. Semua benda-benda itu boleh lenyap dalam sekelip mata. Kita tidak boleh terjerat di dalamnya."
Sambil satu lagi pesta besar-besaran Piala Dunia bermula lagi, itu adalah kata-kata yang tepat masanya untuk semua peminat dan pemain bola sepak.
(Diterjemahkan daripada artikel The Christian Post bertajuk "Christian Soccer Players Set To Light Up The World Cup" penulisan Martin Roth bertarikh 9 Jun 2014)