Rabu, 27 Januari 2016

Sabtu, 23 Januari 2016

Asmirandah: Tuhan Yesus Telah Memilih Saya

Asmirandah dan suaminya, Jonas

Video berisi kesaksian Asmirandah soal pindah agama beredar di dunia maya. Rakaman yang beredar itu diambil saat Asmirandah melakukan pelayanan di sebuah gereja sekitar lima bulan lalu.

Mubaligh-Mubaligh Kristian Telah Menyumbang Kepada Pembangunan Negara, Majlis Gereja Sabah Memberitahu Hadi

Datuk Jerry Dusing (kiri), presiden Majlis Gereja-Gereja  Sabah (Gambar fail The Malaysian Insider)

Mubaligh-mubaligh Kristian di Sabah dan Sarawak telah menyumbang kepada pembangunan negara, sebuah kumpulan gereja Sabah mengatakan untuk membangkang kenyataan negatif Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap penginjil-penginjil. 

Presiden Majlis Gereja-Gereja Sabah, Datuk Jerry Dusing berkata pelayanan pekerja misi adalah telus dan berpusat pada tiga perkara, gereja, hospital dan sekolah. 

Ladang Misi - Orang-Orang Cina Di Perantauan

Orang-orang Cina telah bermigrasi ke negara-negara lain untuk ratusan tahun, dan pada hari ini jumlah orang Cina yang tinggal di luar China adalah hampir 70 juta. Mereka memiliki latar belakang yang berbeza dan bertutur dalam bahasa-bahasa yang berbeza, tetapi kebanyakan mereka telah menetap semula di lain tempat untuk mencari hidup yang lebih makmur.


Hampir 70 juta orang Cina tinggal di luar negara China (Infografik IMB)

Hadi Tiada Kredibiliti, Kata Pemimpin Gereja Sarawak

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Biskop Gereja Anglican Kuching di Sarawak hari ini turut menyertai kekecohan yang timbul berikutan kenyataan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap mubaligh Kristian di Sarawak dan Sabah.

Nelson Selar Dakwaan PAS Mubaligh Guna Wang, Kebajikan Sebar Kristian

Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS

Datuk Nelson Balang Rining, Timbalan
Presiden, Parti  Demokratik Progresif
Sarawak (SPDP)
MIRI: Timbalan Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Datuk Nelson Balang Rining semalam menyelar dakwaan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa mubaligh Kristian mengguna wang dan projek kebajikan untuk memikat masyarakat Sarawak dan Sabah untuk memeluk agama Kristian.

Kenyataan dakwaan terbabit dibuat Hadi yang dikeluar dalam akhbar Harakah Daily milik PAS, baru-baru ini.

“Hadi menyindir bahawa masyarakat Sarawak (dan Sabah) menawarkan umpan memeluk agama Kristian.

Khamis, 21 Januari 2016

Filem & Buku Mengenai 5 Misionari Yang Terkorban Di Ecuador


Dalam dua minggu ini, saya telah memuatkan beberapa artikel berkenaan kematian 5 orang misionari muda dalam usaha mereka menjangkau kaum Auca (Waodani) yang ganas di Ecuador. Kisah itu telah diceritakan dalam bentuk buku dan filem yang menarik. Berikut ialah beberapa buku dan filem tersebut;

Senarai Paling Popular @ Blog domba2domba



Tiga tahun yang lalu saya telah menerbitkan senarai artikel paling popular di blog domba2domba untuk pertama kalinya. Sejak waktu itu saya telah menerbitkan lebih banyak lagi senarai paling popular di blog.

Tujuan saya memuatkan senarai artikel paling popular adalah supaya para pembaca mudah mencari artikel-artikel yang paling diminati di blog domba2domba.

Jika anda dapat mencari artikel yang memberkati anda melalui senarai popular di bawah, bererti usaha saya memuatkannya tidaklah sia-sia! (Klik "Like" di bawah jika anda setuju!) 

Setakat ini, terdapat 4 jenis Senarai Paling Popular di blog domba2domba:

Rabu, 20 Januari 2016

Penduduk Tak Berpendidikan Peluk Kristian, CCM Bidas Hadi


Majlis Gereja Malaysia (CCM) membidas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mendakwa hanya mereka yang tidak berpendidikan memeluk agama Kristian.

Kumpulan Kristian Sabah Kecam Kenyataan Hadi Mengenai Mubaligh

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikecam kerana mengeluarkan kenyataan terhadap mubaligh Kristian dengan mengatakan menyasarkan penduduk pedalaman di Sabah untuk menyebarkan ajaran agama. - Gambar Fail The Malaysian Insider

Kumpulan Kristian Sabah, Perpaduan Anak Negeri Sabah (PAN) mengecam Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mengeluarkan kenyataan terhadap mubaligh Kristian, dengan berkata kumpulan dakwah Islam yang mengumpan sasaran mereka dengan wang dan bantuan lain.

Malaikat Bernyanyi Di Atas Hutan Selepas 5 Misionari Terbunuh


Oleh Steve Saint:

Olive Mencari Jawapan

Beberapa tahun yang lalu, Olive Fleming Liefield dan suami keduanya, Walt melawat tapak di hutan Ecuador di mana suami pertama Olive, Pete telah mati dilembing bersama dengan Ed McCully, Roger Youderian, Jim Elliot dan ayah saya, Nate Saint.

Isnin, 18 Januari 2016

Foto Salib Di Langit Pagi Menjadi Viral

Foto yang mengkagumkan dari Machaele Loraff semasa matahari terbit (Facebook/Matt Rudkin)

Seorang wanita sedang dalam perjalanan ke tempat kerja apabila sinaran cahaya suria membuatnya terpegun.

Jumaat, 15 Januari 2016

Kesaksian Steve Saint: Bagaimana Saya Dapat Mengampuni dan Mengasihi Mincaye Serta Orang-Orang Waodani

Steve Saint (kiri) bersama dengan Mincaye, pahlawan Waodani yang telah membunuh ayahnya

Hai, nama saya Steve Saint. 60 tahun yang lalu, tepat masa ini, Tuhan telah memulakan sebuah kisah yang sangat-sangat membawa kesan dalam hidup saya dan juga dalam hidup 4 keluarga lain, dan beratus ribu orang yang lain di sekeliling dunia.

Khamis, 14 Januari 2016

Anak Misionari Mengampuni Pahlawan Waodani Yang Telah Membunuh Ayahnya Di Hutan Ecuador

Steve Saint (kiri) bersama dengan Mincaye, orang yang telah membunuh ayahnya

Pada 1956, Steve berumur lima tahun apabila ayahnya, Nate menerbangkan kapal terbang Piper Cruiser dengan empat orang lagi misionari ke hutan Ecuador dan dengan berani berhubung dengan suku kaum yang paling merbahaya pernah diketahui, suku Waodani, juga dikenali sebagai "Auca," atau orang asli yang ganas.

Sabtu, 9 Januari 2016

10 Fakta Menarik Alkitab Yang Belum Anda Ketahui


Berikut 10 Fakta Menarik Alkitab Yang Belum Anda Ketahui:

  1. Kitab terpanjang di Alkitab adalah Kitab Mazmur dan kitab terpendik adalah Kitab II Yohanes.
  2. Mazmur 118 adalah fasal yang terletak persis di tengah Alkitab.
  3. Ada 594 fasal masing-masing sebelum dan sesudah Mazmur 118.
  4. Apabila seluruh fasal Alkitab dijumlahkan, di luar Mazmur 118, seluruhnya berjumlah 1188 fasal.
  5. Mirip dengan angka 1188, Mazmur fasal 118:8 juga merupakan ayat yang terletak di tengah-tengah Alkitab. Bunyinya : "Lebih baik berlindung pada TUHAN dari pada percaya kepada manusia."
  6. Sebelum Mazmur 118, Mazmur 117 adalah fasal terpendik dalam Alkitab.
  7. Setelah Mazmur 118, Mazmur 119 adalah fasal terpanjang di Alkitab.
  8. Kalimat pertama di Alkitab adalah, “Pada Mulanya...”
  9. Kata terakhir yang tertulis di Alkitab adalah “Amin”
  10. Kalimat “Jangan takut” muncul sebanyak 365 kali di dalam Alkitab. Sama jumlahnya dengan hari dalam setahun. Ertinya Tuhan ingin kita menjalani setiap hari tanpa ketakutan.

(Dialihbahasa daripada artikel Insatunesia bertajuk, "10 Fakta Keren Alkitab Yang Belum anda Ketahui" bertarikh 9 Januari 2016)


Jumaat, 8 Januari 2016

5 Misionari Menggadai Nyawa Untuk Menjangkau Kaum Auca


2 Januari 1956 adalah hari yang dinanti-nantikan oleh Jim Elliot, berusia 29 tahun, hampir seumur hidupnya. Dia melonjat dari katil, berpakaian secepat mungkin, dan bersiap sedia untuk penerbangan pendik ke atas hutan tebal Ecuador. Hampir tiga tahun pelayanan di kawasan hutan dan berjam-jam perancangan dan doa telah membawa Jim ke hari ini. Dalam masa beberapa jam, dia dan empat lagi misionari akan membuat kem di kawasan satu suku bangsa pribumi yang berbahaya dan tidak bertamadun yang dikenali pada masa itu sebagai suku Auca, dan dikenali sekarang sebagai Waodani. Orang-orang Auca telah membunuh semua orang luar yang tertangkap di kawasan mereka. Walaupun ianya berbahaya, Jim Elliot tidak ada keraguan bahawa Tuhan mengkehendakinya untuk memberitahu suku Auca mengenai Yesus.

Khamis, 7 Januari 2016

Jordan Smith, Juara The Voice Ditemuramah Oleh Ps Rick Warren

Juara The Voice, Jordan Smith (kiri) ditemuramah oleh Pastor Rick Warren

Juara The Voice musim yang ke-9, Jordan Smith berkongsi mengenai hubungannya dengan Yesus dan kejayaannya yang mengkagumkan dengan penyampaian lagu, "Great Is Thy Faithfulness" dan bagaimana dia mengatasi rasa tidak berkemampuan semasa rancangan itu.

Selasa, 5 Januari 2016

Pastor Berdoa Dan Menenangkan Lelaki Bersenjata Api Yang Memasuki Gereja Sewaktu Khutbah di Carolina Utara

Biskop Larry Wright

Biskop Larry Wright telah berkhutbah selama 20 minit pada hari menjelang Tahun Baru apabila dia melihat pintu depan gerejanya di Carolina Utara terbuka luas. Seorang pemuda yang tidak kemas dan yang tidak dikenalinya meluru masuk. Pada sebelah tangannya ialah senapang separuh automatik; di sebelah tangan lagi ialah lembaran kelongsong peluru.

Hidup Adalah Umpama Secawan Kopi


Sekumpulan bekas pelajar yang sudah berjaya di dalam kerjaya masing-masing telah berkumpul untuk melawat pensyarah universiti yang pernah mengajar mereka. Mereka berasa gembira kerana dapat bersua sesama mereka setelah lama tidak berjumpa, apatah lagi dapat menemui pensyarah universiti yang selama ini telah banyak membantu mereka ketika menuntut ilmu di universiti yang menatijahkan kerjaya yang baik buat mereka.

Isnin, 4 Januari 2016

Jordan Smith Memenangkan The Voice Dengan Lagu "Mary Did You Know"

Jordan Smith

Lirik Mary Did You Know (Maria Apakah Engkau Tahu) ditulis oleh Mark Lowry dan muziknya ditulis oleh  Buddy Greene. Ianya telah dirakamkan buat pertama kali pada tahun 1991.

Semenjak itu, lagi ini menjadi lagu natal modern yang terdengar klasik. Mary Did You Know mengandungi pertanyaan kepada Maria apakah suatu saat dia akan mengetahui bahwa Yesus akan melakukan perkara besar. Lagu ini pertama kalinya telah dinyanyikan oleh Michael English.