Khamis, 21 Januari 2016

Filem & Buku Mengenai 5 Misionari Yang Terkorban Di Ecuador


Dalam dua minggu ini, saya telah memuatkan beberapa artikel berkenaan kematian 5 orang misionari muda dalam usaha mereka menjangkau kaum Auca (Waodani) yang ganas di Ecuador. Kisah itu telah diceritakan dalam bentuk buku dan filem yang menarik. Berikut ialah beberapa buku dan filem tersebut;


1. Filem "End of The Spear" (2005)

Filem "End of The Spear" (tarikh keluaran 2 Disember 2005) yang diarahkan oleh Jim Hanon adalah berdasarkan kisah benar 5 misionari yang terbunuh oleh suku kaum Waodani di hutan Ecuador pada 1956. Filem ini memaparkan kisah yang diceritakan dari sudut pandang Mincayani (Mincaye), pahlawan Waodani dan Steve Saint, anak seorang daripada misionari yang terkorban.


Klik untuk tonton Filem "End of The Spear" di sini:



2. Filem Dokumentari "Beyond The Gates of Splendor" (2002)

Filem dokumentari yang mengisahkan suku kaum Waodani dan lima keluarga misionari yang cuba menjangkau mereka. Memaparkan temuramah dengan anggota-anggota suku kaum Waodani serta janda dan keluarga misionari-misionari itu. Juga memuatkan beberapa foto dan video asal misionari-misionari itu dan pertemuan mereka dengan orang-orang Waodani.


Klik untuk tonton Filem Dokumentari "Beyond The Gates of Splendor":


3. Buku "End of The Spear" (2005)

Buku ini ditulis oleh Steve Saint dan telah diterbitkan pada 5 Dis 2005 bersempena dengan filem yang berjudul sama.

Buku ini menceritakan kisah yang berterusan yang bermula dari buku bestseller Elisabeth Elliot "Through Gates of Splendor."

Buku ini mengfokus kepada suku kaum Waodani di timur Ecuador, dan peralihan mereka daripada orang-orang yang ganas menjadi pengikut-pengikut Kristus.


4. Buku "Through Gates of Splendor" (1957)

"Through Gates of Splendor" ialah buku bestseller penulisan Elisabeth Elliot, janda Jim Elliot, salah seorang misionari yang terkorban di Ecuador.

Buku yang mengisahkan "Operasi Auca" di mana 5 misionari muda terkorban dalam usaha mereka untuk menjangkau orang-orang Waodani di hutan Ecuador.

Diterbitkan pada 1957, ianya telah ditulis atas permintaan dan dengan kerjasama keluarga-keluarga misionari-misionari itu.