Isnin, 2 Mei 2016

Adenan: JPN Akan Tarik Balik Rayuan Dalam Kes Tukar Agama


KUCHING: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang telah membenarkan hak seorang rakyat Sarawak Muslim untuk dikenal secara sah di sisi  undang-undang sebagai seorang Kristian, menurut Tan Sri Adenan Satem. 

Ketua Menteri itu berkata dia telah bercakap dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai rayuan JPN itu dalam kes Roneey Rebit, seorang Bidayuh yang telah ditukar agama kepada Islam semasa kanak-kanak. 

"Saya telah bercakap dengan PM hari ini mengenai perkara itu, yang memberikan saya jaminan bahawa rayuan JPN itu akan ditarik balik.

"Saya juga harus meminta maaf untuk kelambatannya oleh kerana saya hanya mengetahui perkara itu pada hari ini," Adenan berkata dalam satu kenyataan ringkas pada hari Isnin. 

Dalam satu keputusan landmark pada 24 Mac, Mahkamah Tinggi Kuching telah memberikan Roneey satu pengisytiharan bahawa dia adalah Kristian menurut hak berperlembagaannya untuk kebebasan beragama oleh kerana dia sekarang sudah dewasa. 

Ianya telah mengarahkan jabatan itu untuk mengubah namanya kepada Roneey Rebit dan agamanya dari Islam ke Kristian dalam kad pengenalannya dan dalam semua rekodnya. 

Jabatan Pendaftaran Negara telah menfailkan rayuan terhadap keputusan itu pada 22 April. 

Ianya merupakan satu-satunya daripada tiga pihak defendan dalam kes itu yang merayu. Pihak-pihak lain - Jabatan Agama Islam Sarawak dan Majlis Islam Sarawak - tidak mempunyai bantahan terhadap keputusan itu. 

Peguam Rooney, Chua Kuan Ching mengalu-alukan inisiatif Adenan dalam perkara itu tetapi berkata ini tidak seharusnya hanya untuk kes ini. 

"Ketua Menteri dan Perdana Menteri harus juga memberi jaminan bahawa JPN tidak akan menentang kes-kes yang serupa pada masa akan datang," katanya.

(Diterjemah daripada artikel The Star Online bertajuk, "Adenan: "NRD To Withdraw Appeal In Conversion Case" penulisan Sharon Ling bertarikh 2 Mei 2016)