Isnin, 30 Oktober 2017

Polis Berulang Kali Soal Tentang Gerakan Murtad Koh


POLIS lebih ingin tahu jika Pastor Raymond Koh terbabit memurtadkan orang berbanding dia diculik, kata anaknya kepada panel Suhakam yang menyiasat kehilangan pastor itu dan tiga individu lain.

Jonathan Koh berkata beliau disoal siasat polis sebanyak tiga kali selepas penculikan iaitu pada 13 Februari, juga 6 dan 23 Mac.

"Pihak polis lebih berminat untuk tahu jika Koh memurtadkan orang.

"Saya kecewa kerana mereka tak berminat tentang penculikannya dan kekurangan maklumat yang diberi." – 30 Oktober, 2017.

(Diambil daripada artikel The Malaysian Insight bertajuk, "Polis Berulang Kali Soal Tentang Gerakan Murtad Koh" bertarikh 30 Oktober 2017)