Inspektor Ali Asrar ketika hadir di ibu pejabat Suhakam hari ini |
KEENGGANAN seorang inspektor polis menyerahkan diari
siasatannya (ID) berhubung penculikan Pastor Raymond Koh mengganggu panel yang
menyiasat kes berkenaan hari ini.
Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Mah Weng
Kwai berkata, sekiranya polis menggunakan alasan bahan seperti itu adalah sulit
setiap kali diminta oleh panel sebagai bukti, siasatan itu juga boleh
dihentikan.
Mah berkata, bukti berkenaan perlu diserahkan kepada panel
menurut Seksyen 14 Akta Suhakam.
Beliau dan Inspektor Ali Asrar dan dua anggota polis
pemerhati yang hadir pada pendengaran hari ini, juga tidak bersetuju untuk
menunjukkan ID Ali kepada panel.
Ali yang dipanggil untuk memberi kenyataan hari ini
merupakan pegawai polis yang hadir kepada saksi pertama, Roeshan Gomez, apabila
beliau membuat laporan berhubung penculikan Koh pada 13 Februari. Gomez sedang
memandu di belakang kereta Koh ketika penculikan itu berlaku di Petaling
Jaya.
Apabila Mah bertanya Ali sekiranya beliau menyimpan diari 13
Februari apabila Koh diculik, inspektor berkenaan berkata beliau ada
menyimpannya.
Namun apabila Mah meminta diari itu ditunjukkan kepada
panel, Ali berkata polis perlu mendapatkan kebenaran daripada Jabatan
Peguam Negara untuk berbuat demikian.
Mah kemudiannya berkata panel berhak untuk melihat bukti itu
di bawah akta suruhanjaya berkenaan.
"Suruhanjaya berhak untuk melihat dokumen berkenaan
untuk menguatkan ingatan saksi. Sekiranya kita tidak melihat ID ia akan
menyebabkan siasatan itu tidak berguna," katanya.
Dua anggota polis yang hadir pada siasatan itu sebagai
pemerhati kemudiannya berkata diari berkenaan adalah sulit kerana siasatan
masih berjalan dan tidak bokeh diserahkan kepada panel.
Mereka memohon
penangguhan pendengaran itu untuk merujuk kepada Jabatan Peguam Negara.
Ia menyebabkan Mah membalas dengan tegas sekiranya panel
tidak dibenarkan melihat bukti setiap kali diminta atas dasar siasatan masih
berjalan, "lebih baik kita simpan semua dan balik".
"Kita perlu dibenarkan melihat ID kerana kita mahu
menyemak tarikh yang dinyatakan oleh Ali. Ia untuk membandingkan dengan
kenyataan yang diibuat beliau."
Pemerhati polis kemudiannya berdiri dan membantah, namun Mah
mengarahkan pegawai siasatan itu mengambil diari berkenaan daripada Ali, yang
kemudiannya menyerahkannya. – 2 November, 2017
(Diambil daripada artikel The Malaysian Insight bertajuk, "Panel Suhakam. Polis Bertengkar Mengenai Diari" yang ditulis oleh Noel Achariam bertarikh 2 November 2017)
(Diambil daripada artikel The Malaysian Insight bertajuk, "Panel Suhakam. Polis Bertengkar Mengenai Diari" yang ditulis oleh Noel Achariam bertarikh 2 November 2017)