Ahad, 30 September 2018

Tsunami Indonesia: Pengawal Trafik Udara "Mengorbankan Nyawa Supaya Kapal Terbang Dapat Berlepas Dengan Selamat"


Anthonius Gunawan Agung tidak melarikan diri untuk memastikan sebuah kapal terbang penumpang berlepas dengan selamat ketika gempa bumi dengan magnitud 7.5 melanda negaranya. 

Seorang pengawal trafik udara telah digelar sebagai wira setelah mengorbankan nyawanya sendiri untuk memastikan sebuah kapal terbang penumpang yang membawa berpuluh-puluh orang berlepas dengan selamat semasa gempa bumi di Indonesia.

Sambil rakan-rakan sekerjanya melarikan diri dari lapangan terbang Mutiara SIS Al-Jufrie, berdekatan Palu, di Sulawesi Tengah, Anthonius Gunawan Agung yang berusia 21 tahun bertahan di tempatnya sambil gempa bumi dengan magnitud 7.5 melanda.

Dia baru saja memberikan perlepasan kepada penerbangan Batik Air 6231 apabila tanah mula bergegar, tetapi dia tidak lari untuk menyelamatkan diri, sebaliknya dia menunggu kapal terbang untuk berlepas ke udara sebelum akhirnya meninggalkan menara kawalan trafik udara. 

Gempa bumi merobek landasan itu semasa sebuah kapal terbang bersedia untuk berlepas.

Terperangkap semasa dia cuba melarikan diri, Agung terpaksa melompat dari tingkat keempat menara apabila gegaran bertambah kuat. 

Dia mengalami patah kaki dan kecederaan dalaman dan walaupun dia dibawa ke hospital, dia meninggal dunia semasa menunggu helikopter untuk membawanya ke hospital lain untuk rawatan pakar.

Menara trafik udara di lapangan terbang di Palu runtuh selepas gempa bumi

Jurucakap Pengangkutan Udara Indonesia, Yohanes Sirait berkata keputusan Agung untuk tidak meninggalkan tempat tugasnya telah mengakibatkan nyawanya terkorban, tetapi dia kemungkinan telah menyelamatkan semua orang di atas kapal terbang itu sambil kota itu kemudiannya dilanda tsunami. 

Agung, yang sepatutnya merayakan hari jadi ke-22 pada 24 Oktober, telah dinaikan pangkatnya sebanyak dua tingkat sebagai penghargaan kepada "dedikasinya yang luar biasa."

Askar-askar mengusung jenazahnya yang diangkut untuk pengebumian. 

Jenazah Anthonius diusung oleh askar-askar

Berikutan gema bumi itu, tsunami setinggi 10 kaki menghanyutkan bangunan dan mengorbankan beberapa ratus orang di pulau Sulawesi Tengah itu.

Jurucakap agensi bencana alam, Sutopo Purwo Nugroho berkata 384 orang telah terbunuh di kota Palu sahaja. Ramai lagi masih kehilangan.

(Dipetik ddan diterjemahkan daripada artikel Independent bertajuk, "Indonesia Tsunami: Air Traffic Controller "Gave His Life So Plane Could Take Off" yang ditulis oleh Chiara Giordano bertarikh 30 September 2018)