Rabu, 2 Januari 2019

TKM Sabah Terkejut Oleh Bantahan Terhadap Sambutan Krismas Tawau


KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Christina Liew hari ini menyatakan kekecewaannya atas bantahan terhadap karnival Krismas yang telah dibantu penganjurannya oleh pejabat parlimennya di Tawau minggu lepas.

Sekumpulan orang telah membantah sambutan itu, dengan mendakwa acara itu cuba mengubah iman  orang-orang Muslim.

Bercakap dengan wartawan selepas menyampaikan tujuh tikar sembahyang dan barang keperluan lain kepada sebuah pusat tahfiz di sini hari ini, Liew berkata bahawa dia terkejut dengan bantahan itu dan laporan polis yang telah dibuat terhadapnya dan penganjur bersama yang lain acara itu.

Dia juga mendapati ianya tidak masuk akal bahawa bantahan itu melibatkan Warisan dan PKR, seperti yang didakwa oleh kumpulan itu dalam satu kenyataan yang telah dihantar kepada media tempatan dua hari yang lalu.

"Pada malam itu, saya telah disertai oleh pemimpin-pemimpin dari parti-parti lain, termasuk Warisan. Ahli Parlimen Kalabakan, Ma'mun Sulaiman juga ada di situ. Begitu juga dengan ribuan orang dari pelbagai bangsa dan agama, merayakan dengan gembira bersama kami.

"Jadi, kenapakah orang-orang itu membantah? Ini adalah acara tahunan yang telah kami anjurkan selama 20 atau 30 tahun lepas tanpa apa-apa masalah. Tiba-tiba kita tidak boleh lakukan ini lagi. Kenapa begitu?"

Liew sedang mengulas kumpulan itu, yang mendakwa mewakili pelbagai parti-parti politik, termasuk Warisan Umno dan Pas, serta beberapa kumpulan Islam, yang telah mengeluarkan satu kenyatan mengecam karnival Krismas yang telah diadakan pada 30 Disember 2018.

Ahli Parlimen Tawau itu berharap rakyat Sabah menolak mentaliti seperti ini dan sebaliknya akan terus hidup berharmoni satu dengan yang lain.

Liew berkata kedua-dua Warisan dan PKR telah pun menjelaskan bahawa parti-parti mereka tidak terlibat dalam bantahan itu, dengan Warisan membuat laporan polis semalam.

Dia berkata adalah baik polis menyiasat perkara itu untuk mengetahui siapakah yang di sebalik bantahan kumpulan itu.

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Free Malaysia Today bertajuk, "Sabah DCM Shocked By Protest Against Tawau Xmas Celebrations" yang dituli oleh Tracy Patrick bertarikh 2 Januari 2018)