Selasa, 2 Oktober 2018

Ketika Ada Yang Palsu, Bererti Adanya Yang Tulen


Yang manakah tulen dan yang manakah palsu?

Apabila Musa dan Harun menghadap Firaun, 3 hal telah berlaku (Kel 7:8-12):

1. Harun melemparkan tongkatnya di hadapan Firaun, dan tongkatnya menjadi ular.

2. Ahli-ahli sihir Firaun juga melemparkan tongkat-tongkat mereka, dan tongkat-tongkat itu menjadi ular-ular. 

3. Tetapi tongkat Harun menelan tongkat-tongkat mereka.


Daripada peristiwa ini, kita boleh pelajari 3 perkara:

1. Harun menggunakan kuasa Tuhan untuk melakukan keajaiban.

2. Ahli-ahli sihir gunakan kuasa sihir untuk melakukan hal ajaib.

3. Kuasa Tuhan melebihi segala kuasa Iblis.

Janganlah hairan jika hamba-hamba Iblis mempunyai kuasa melakukan apa yang hamba Tuhan lakukan, namun begitu Kuasa Tuhan itu jauh melebihi kuasa Iblis!

Apabila ada yang palsu, bererti adanya yang tulen. Jika kita menjumpai wang palsu, itu bererti ada wang yang tulen. Janganlah membuang semua wang tulen hanya kerana anda menjumpai sekeping wang palsu!