Isnin, 12 November 2018

553 Pertubuhan Dan Sekolah Bukan Islam Akan Terima Bantuan Kerajaan Esok

Kota Kinabalu: Sejumlah 553 pertubuhan dan sekolah bukan Islam di Sabah akan menerima bantuan kewangan daripada Kerajaan Negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijangka menyampaikan bantuan itu kepada para penerima di kawasan barat daya dan pendalaman di Dewan Undangan Negeri di sini esok (Selasa)

Pembantu Kewangan Sabah, Kenny Chua berkata jumlah bantuan yang diberikan kepada penerima-penerima yang layak tahun ini adalah lebih jumlahnya berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Dia berkata Shafie akan mengumumkan jumlah bantuan semasa upacara penyampaian.

"Ini akan merupakan satu jumlah yang lumayan kerana Kerajaan Negeri komited untuk membantu badan-badan dan sekolah-sekolah bukan Muslim.

"Kerajaan ini yang dipimpin oleh Shafie tidak akan pernah mengabaikan mereka," kata Chua yang mempengerusi panel yang meneliti semua permohonan untuk bantuan.

Di antaranya, katanya adalah sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah-sekolah dan tadika misi,  dan sekolah-sekolah persendirian. Dia menambah bahawa penyampaian bantuan kepada kawasan Tawau dan Sandakan akan dilakukan bulan ini selepas ini.

Kurang sebulan selepas mengambil alih pentadbiran Negeri. Shafie, presiden Warisan telah memberi jaminan kepada rakyat bahawa Kerajaan Negeri di bawah pimpinannya akan menunaikan janji untuk membantu komuniti-komuniti bukan Muslim, termasuk untuk membangunkan lebih banyak tempat ibadah bagi mereka.

Dia mengulangi komitmen itu pada Ogos dengan memberi kami an bahawa Kerajaan Negeri akan terus menyalurkan peruntukan kepada badan-badan agama bukan Islam, sekolah-sekolah misi, dan sekolah-sekolah persendirian Cina di Sabah.

Dia berkata bahawa tujuan peruntukan itu adalah untuk meringankan beban kewangan institusi-institusi itu.

(Diterjemah daripada artikel Daily Express bertajuk, "553 Non Muslim Bodies, Schools To Receive Gov Aid Tomorrow" bertarikh 12 November 2018)