Sabtu, 3 November 2018

Viral! Sebelum Pesawat Lion Air Terhempas, Gadis Pendoa Ini Telah Sebarkan Penglihatannya Melalui FB!


Dalam status Facebook yang ditulis pada 2 Oktober 2018, akaun bernama Gloria Tesalonika Lomboan menuliskan sebuah penglihatan bahawa akan ada pesawat yang jatuh. Statusnya ini dengan mendapat tiba-tiba banyak perhatian dari warga internet, lebih-lebih lagi setelah peristiwa jatuhnya pesawat Lion Air JT-610 yang dinyatakan jatuh di sekitar Perairan Tanjung Karawang, Jawa Barat.

Banyak yang memberi komen bahawa penglihatan yang ditulis oleh Gloria ini benar terjadi. Diketahui bahawa pesawat ini meninggalkan Lapangaan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta pada pukul 06.20 dengan tujuan penerbangan ke Pangkal Pinang bersama dengan 189 orang di dalamnya. Namun, 13 minit setelah berlepas, pesawat ini dinyatakan terputus hubungan.


Gloria yang saat ini masih duduk di bangku Menengah Atas Negeri 1 Langowan Minahasa ini memang mengaku sudah melayani ramai orang untuk didoakan. Beberapa ketua daerah di Sulawesi Utara, juga kerap meminta Gloria Tesalonika Lomboan untuk mendoakan mereka.
Dilaporkan oleh Tribun Manado, Gloria sudah diberikan karunia oleh Tuhan untuk mendoakan orang sakit sejak berusia 6 tahun. Ia juga mendapat karunia penglihatan atau bernubuat mengenai musibah-musibah besar.

Saat status Facebooknya viral, Gloria menjelaskan bahawa hal ini bukanlah sebuah ramalan, melainkan sebuah penglihatan yang Tuhan berikan melalui dirinya.

"Itu bukan ramalan, tapi penglihatan yang Tuhan anugerahkan pada Glo, itu bukan ramalan, tapi itu nubuatan, itu kerana Tuhan dan kuasa mukjizat Tuhan," jelasnya.


Menanggapi respon orang yang bermacam-macam, Glo berpendapat kalau untuk mengikut Tuhan, ada harga yang harus dibayar.

"Kalau ikut Tuhan pasti dihina dan dicaci-maki, dari sana Tuhan akan angkat kita, jika mengikut Dia," jelas gadis berambut panjang ini.

Sehingga Kamis, status berisi nubuatan atau wahyu itu sudah dikongsikan hampir 1.600 kali dan mendapat ratusan komentar pelbagai ragam dan ribuan like.
"Gloria sengaja (menulis) status supaya banyak Gloria doakan. Gloria diberi penglihatan oleh Tuhan, bilang berjaga-jaga dan minta tanda Tuhan. Izin pada Tuhan supaya khabarkan pada orang lain bahwa akan ada peristiwa tersebut," ungkapnya, dikutip dari Tribun Manado pada Rabu, 31 Oktober 2018 kelmarin.

(Dialih bahasakan daripada artikel Jawaban.com bertajuk, "Viral! Sebelum Lion Air Jatuh, Gadis Pendoa Ini Sudah Sebarkan Pengelihatannya Lewat FB!" yang ditulis oleh Intadestria bertarikh 1 November 2018)