Khamis, 16 April 2015

Guru-Guru Yang Didakwa Terlibat Dalam Penukaran Agama Sudah Kembali Ke Semenanjung Malaysia

Keratan akhbar mengenai kes dua guru yang
didakwa cuba menukar agama seorang pelajar
berumur 13 tahun di Lutong, Miri, Sarawak 
KUCHING - Dua guru yang didakwa terlibat dalam percubaan menukar agama seorang pelajar SMK Lutong kepada Islam telah dipindahkan kembali ke Semenanjung Malaysia.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Fatimah Abdullah berkata berikutan siasatan oleh Kementrian Pendidikan, guru-guru itu telah meninggalkan Miri. 

"Berdasarkan prosedur operasi standard kementrian, serta-merta selepas insiden itu, satu siasatan perlu diselesaikan dalam masa tiga hari," dia memberitahu pemberita sebelum satu perjumpaan dengan Kementrian Pendidikan semalam. 

"Selepas itu, tindakan berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam - Kelakuan Tatatertib, Pindaan 2002 mestilah diambil dalam masa tujuh hari."

Fatimah berkata keputusan dari siasatan itu adalah untuk memindahkan guru-guru itu. 

"Seorang daripada mereka telah dipindahkan ke Pahang, manakala seorang lagi sekarang di Kuala Lumpur," katanya.

Berita mengenai dakwaan guru-guru itu cuba menukar agama seorang pelajar berumur 13 tahun telah menjadi viral di media sosial selepas surat aduan ke sekolah dan laporan polis yang dibuat oleh ibubapanya dimuatkan online.

(Diterjemahkan daripada artikel The Borneo Post bertajuk "Teachers In Alleged Conversion Back In Peninsular Malaysia" bertarikh 15 April 2015)