Setiausaha eksekutif NECF Alfred Tais menerima kembali 8 CD milik Jill Ireland |
SEPANG, 10 Sep - Wanita Kristian Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill mengalami "perasaan bercampur-aduk" mengenai pemulangan 8 CD yang mengandungi kalimah Allah yang telah dirampas daripadanya 7 tahun yang lepas, wakilnya memberitahu hari ini.
Pastor Alfred Tais, seorang wakil untuk Jill Ireland, berkata kegembiraan mendapat kembali cakera-cakera padat itu telah diimbangi oleh kelambatan untuk mendapatkannya kembali dan rasa terkilan oleh rampasan yang telah dijalankan dahulu.
"Kami gembira kerana mereka telah mengembalikan cakera-cakera padat itu kepada kami. Pada waktu yang sama, kami merasa sedih kerana ianya telah mengambil masa tujuh tahun untuk mengembalikan cakera-cakera padat itu," kata setiausaha eksekutif National Christian Evangelical Fellowship (NECF) itu kepada wartawan-wartawan di sini setelah menerima cakera-cakera padat itu.
"Dari awal lagi ini tidak seharusnya berlaku," katanya.
Dia juga mengesahkan bahawa cakera-cakera padat itu telah dikembalikan dalam keadaan baik, selepas disemak bersama dengan setiausaha agung SIB Semenanjung Pastor Jaime Dairis dan peguam Jill Ireland, Annou Xavier.
Cakera-cakera padat itu telah diserahkan pada sebelah tengahari oleh pegawai pembantu penguatkuasa Noor Haslizam Hashim di pejabat cawangan Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementrian Dalam Negeri di sini berdekatan bangunan lama Terminal Penerbangan Kos Rendah.
(Terjemahan petikan artikel Malay Mail Online bertajuk, "Bittersweet Emotions For Sarawakian As Putrajaya Finally Returns 'Allah' CDs" penulisan Ida Lim bertarikh 10 September 2015)