Selasa, 10 November 2015

Corat-Coret: Hari Yang Baru


Hari ini hari yang baru!

Sebaik terbangun dari tidur, terlintas di fikiran bahawa ini hari yang baru, dan saya manusia baru dalam Tuhan!

Saya ingin hidup bagi Tuhan  setiap hari, malah jika dapat setiap detik. 

Terima kasih Tuhan kerana memberi hari yang baru dan kehidupan baru bagi setiap orang yang percaya kepada-Mu!

Berikut ialah catitan saya hari ini dalam Nota Si Domba Putih;

Puji Tuhan! Dia memberi kita;

a)  Hari yang Baru

Inilah hari yang dijadikan TUHAN, marilah kita bersorak-sorak dan bersukacita kerananya! (Mazmur 118:24)

b)  Hati yang Baru

Kamu akan Kuberikan hati yang baru, dan roh yang baru di dalam batinmu dan Aku akan menjauhkan dari tubuhmu hati yang keras dan Kuberikan kepadamu hati yang taat. (Yehezkiel 36:26)

c)  Hasil yang Baru

Dan bergembiralah kerana TUHAN; maka Ia akan memberikan kepadamu apa yang diinginkan hatimu. (Mazmur 37:4)