Selasa, 19 April 2016

Paderi Kristian Palsu

  
Saya percaya ramai yang sudah melihat poster di Facebook mengenai seorang yang mendakwa dirinya sebagai bekas paderi besar Kristian di Gereja St. Augustine of Canterbury, Frankfurter, Jerman. 

Penceramah Ustaz Ayub Abdul Rahman telah dijemput untuk memberi ceramah di Sidma College, Sabah pada 20 April 2016. Dalam poster itu, tercatit jelas bahawa dia adalah bekas paderi besar St. Augustine of Canterbury, Frankfurter, Jerman. 

Bagaimanapun Gereja Augustine tersebut telah mengesahkan bahawa tidak ada peribadi seperti itu yang pernah menjadi paderi ataupun rakan sekerja di situ.

Pertanyaan oleh Jason Jack melalui emel telah mendapat jawapan yang jelas daripada Rev. Chris Easthill dari Gereja St. Augustine of Canterbury yang menyatakan;  

"Saya telah menerima pertanyaan daripada sebilangan orang mengenai lelaki ini baru-baru ini. Jawapannya tidak. Dakwaannya tidak benar. Dia tidak pernah melayani di sini, samada sebagai rektor ataupun paderi. Kami adalah gereja Episcopal Amerika dan sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua, semua paderi-paderi kami telah datang dari USA."    



Ustaz Ayub Abdul Rahman juga pernah membuat dakwaan yang sama bahawa dia merupakan bekas paderi di Gereja St. Augustine dalam artikel Utusan Malaysia bertarikh 25 Mei 2006:

 Printscreen artikel Utusan Malaysia yang bertarikh 25 Mei 2006

Orang ramai diingatkan untuk berhati-hati agar tidak terpedaya dengan Ustaz Ayub ini yang menyamar sebagai bekas paderi gereja St. Augustine of Canterbury, Frankfurter, Jerman.