Selasa, 21 Februari 2017

Petisyen Hentikan "Anak Angkat" Untuk Pelajar-Pelajar Pribumi Sabah Sarawak Di Universiti Awam Di Malaysia


Satu petisyen sedang dijalankan oleh Joseph Koh di laman change.org untuk menghentikan "Anak Angkat" untuk pelajar-pelajar pribumi Sabah Sarawak di universiti awam di Malaysia. Tujuan petisyen ini adalah untuk mengumpulkan secukup tandatangan sebelum dihantarkan kepada Dato' Seri Hj. Idris Jusoh, Datuk Mary Yap Kain Ching dan Datuk Alexander Nanta Linggi. Bacalah isi kandungan petisyen itu di bawah:  

Sungguh sukar untuk orang asal di Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan pendidikan agar untuk meningkatkan taraf hidupnya dan keluarganya. Di kampung yang terpencil, ayah dan ibu terpaksa menyerahkan anaknya yang berumur 7 tahun ke tangan guru. Nak jengok di sekolah pun jauh dan mahal dan ini telah mengurangkan qualiti kekeluargaan di kalangan orang asal. Anak yang pandai akan dipertingkatkan ke sekolah di persisiran dan kemudiannya ke semenanjung atau ke luar negara. 

Para ibu bapa  memberikan amanah kepada pekerja kerajaan di sekolah, kolej matrikulasi, kolej penyediaan dan universiti untuk menjaga anak mereka. Salah suatu aturcara yang selalu digunakan oleh pihak sekolah dan universiti adalah acara anak angkat. Anak anak dari Sabah Sarawak diberikan keluarga angkat dari Semenanjung yang kebanyakkannya adalah sangat prihatin untuk menolong. Namun, terdapat kes dimana anak anak kami diislamkan dan terutama apabila ibu bapa tidak diberitahu. 

Pada 18 hb Februari 2017, ibu bapa seorang pelajar berumur 22 tahun di Miri telah dikejutkan dengan kematian anak perempuan mereka. Lebih mengejutkan ialah dalam kesedihan mereka dalam mengatur pengebumian anak kesayangan mereka, jabatan agama Islam memperihalkan yang mereka ingin menuntut jenazah untuk dikebumikan di perkuburan Islam kerana beliau telah diIslamkan di Melaka selepas perayaan Krismas 2016. Walaupun pihak ibu bapa merayu pihak jabatan menerusi peguam mereka, jenazah anak mereka terus diambil pihak tersebut dan dikebumikan di perkuburan Islam Lambir. 

Tujuan petisyen inilah adalah menyeru Kementerian Pendidikan Tinggi dan Mara (Kementerian Luar Bandar) untuk menghentikan program anak angkat kerana ketidakupayaan pemantauan oleh pihak berkenaan. 

1) Sekolah dan institusi pendidikan adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan seseorang dan inilah fungsi utama. 

2) Para penjawat awam harus menguruskan sebarang program dengan tertib tanpa niat lain selain daripada menhormati amanah mereka. 

3) Peningkatan kes mengislamkan pelajar dari Sabah dan Sarawak di Semenanjung.

Kes ini pun berlaku di kalangan Orang Asli: 




Kami menyeru yang pihak kementerian akan mengambil langkah yang jitu untuk memberikan keyakinan kepada ibu bapa orang asal yang bukan beragama Islam agar terus memberikan amanah kepada pihak sekolah. 


Klik di link berikut ke laman change.org untuk menyokong dan menandatangani petisyen tersebut: 

change.org - Petisyen Hentikan "Anak Angkat" Untuk Pelajar-Pelajar Pribumi Sabah Sarawak Di Universiti Awam Malaysia 

--------------------------------------------

Pada 22 Februari,  Sdr Joseph Koh yang memulakan petisyen ini, telah memberikan laporan terbaru yang berikut:


Sambil mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas penglibatan mereka, Sdr Joseph menyatakan bahawa petisyen itu akan diturunkan dalam masa sehari.