Khamis, 14 Disember 2017

20 Tingkah Laku Gangguan Seksual Di Tempat Kerja


Berikut adalah jenis-jenis tingkah laku yang boleh dianggap gangguan seksual di tempat kerja mengikut undang-undang di Malaysia.

Kod amalan yang berkenaan menyebut sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal.


1. Ditepuk.
2. Dicium.
3. Dipeluk
4. Dicubit.
5. Disentuh bahagian tubuh yang sulit. 
6. Terima panggilan berunsur seks.
7. Ditenung, dilirik pandangan berunsur lucah.
8. Terima surat berunsur seks.
9. Dipaksa secara lisan atau fizikal melakukan hubungan seks.
10. Diberi isyarat berunsur seks.
11. Ditegur dengan kata-kata berunsur seks mengenai fizikal.
12. Didedah dengan perkataan atau bahan berunsur seks.
13. Dengar perbualan berunsur seks.
14. Gurau senda menggunakan bahasa lucah.
15. Kiasan seks.
16. Berdiri atau duduk rapat sehingga tidak selesa.
17. Dijanjikan hadiah, markah prestasi kerja, kenaikan pangkat jika terima pelawaan seks.
18. Ditegur berbau manis, wangi.
19. Diberi layanan berbeza kerana wanita. 
20. Dipaksa menerima jemputan sosial. 

Pastikan anda mengetahui hak undang-undang anda sebagai wanita di tempat kerja. 

Anda boleh menghubungi Jabatan Pembangunan Wanita melalui talian kasih 15999 atau pihak berkuasa polis, sekiranya anda diganggu atau melihat wanita lain diganggu secara seksual. 

Poster di atas disediakan oleh Jabatan Pembangunan Wanita.