Datuk Pengelola Bijaya Diraja Ahmad Fadil Shamsuddin berkata
pelantikan pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu selaras dengan Perkara 40(2)(a)
dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, keputusan dibuat selepas Seri Paduka memperhalusi
titah pandangan raja-raja Melayu dalam perbincangan khas sebentar tadi.
lstiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia sebagai perdana menteri akan berlangsung pada jam lima petang ini di lstana Negara.
Kenyataan Media dari Istana Negara:
Dengan pelantikan Anwar itu, berakhirlah penantian orang
ramai untuk melihat pemimpin baru bagi memimpin negara ini selepas berakhirnya
pilihan raya umum (PRU) pada 19 Nov lalu.