Khamis, 12 Februari 2015

6 Wanita Yang Lelaki Kristian Harus Elakkan Dalam Berpacaran


Berikut adalah 6 wanita yang lelaki Kristian harus elakkan dalam berpacaran, dan tentunya perkahwinan. 

Anda juga boleh mengikuti artikel kami yang sebaliknya ( 6 Lelaki Yang Wanita Kristian Harus Elakkan Dalam Berpacaran)

Wanita Yang Tidak Percaya

Inilah faktor yang paling penting sekali. Oleh kerana kita telah diperintahkan untuk tidak menjadi pasangan yang tidak seimbang dengan orang-orang yang tak percaya, oleh itu betapa seorang lelaki tidak harus pun memikirkan untuk berpacaran dengan seorang wanita yang tidak percaya (2 Korintus 6:14). Seorang lelaki Kristian tidak harus memikirkan pun untuk berpacaran dengan seorang yang tidak percaya, seperti juga seorang wanita tidak harus memikirkan berpacaran dengan seorang lelaki yang tidak percaya. Anda berfikiran salah jika memikirkan bahawa anda dapat berpacaran dengannya dan membawanya kepada iman kepercayaan dalam Kristus. Anda mungkin sekali menerima akibat buruk. 

Wanita Yang Tidak Meletakkan Tuhan Di Tempat Pertama

Ini mungkin salah satu faktor yang paling penting yang lelaki harus fikirkan samada untuk berpacaran dengan seorang wanita. Jika seorang wanita tidak pernah meletakkan Tuhan di tempat pertama, kemungkinan dia meletakkan dirinya di tempat pertama. Jika dia tidak meletakkan Tuhan di tempat pertama, kemungkinan dia juga akan meletakkan anda di tempat yang jauh ke bawah dalam senarai keutamaannya. Kita tidak harus berpacaran dengan seorang wanita (begitu juga dengan lelaki) yang tidak mencari Tuhan dan kerajaan-Nya terlebih dahulu (Matius 6:33).

Wanita Yang Tidak Suka Kanak-kanak

Lelaki harus mengelak dari berpacaran dengan seorang wanita yang tidak suka kanak-kanak sebab apa akan berlaku jika perhubungan ini membawa kepada perkahwinan dan kemudian, anak-anak dilahirkan dalam keluarga anda. Anda boleh merasakan bagaimana gayanya dengan kanak-kanak di gereja atau di tempat umum tetapi anda juga boleh mengetahui melalui perbualan apakah keprihatinannya terhadap kanak-kanak. Kita dapat melihat dengan jelas karakter seseorang dalam cara mereka respon kepada kanak-kanak yang ditemui.

Wanita Yang Tidak Berdoa

Jika anda sedang berfikir untuk berpacaran dengan seorang wanita, tetapi tidak pernah merasakan bahawa wanita itu berdoa, mungkin ini satu petanda bahawa dia bukan pasangan yang sepadan untuk anda. Saya percaya doa adalah denyutan nadi kehidupan dalam hidup rohani orang Kristian, dan jika tidak ada doa, juga tidak ada denyutan nadi. 

Wanita Yang Berkata Buruk Mengenai Ibubapanya

Tahukah anda bagaimana wanita ini melayani ibunya? Bagaimanakah dia mengatakan mengenai ayahnya? Adakah dia memiliki hubungan yang baik dengan ibubapanya? Jika anda sudah mula berpacaran, atau sedang berfikir untuk berpacaran, pertamanya pergilah bertemu dengn ibubapanya, atau bertanya kepadanya mengenai ibubapanya dan lihat bagaimana dia berkata mengenai ibubapanya? Jika tidak ada perasaan hormat dan kasih kepada ibubapanya, mungkin anda boleh bertanya kepadanya mengapa begitu. Tentunya tiada sesiapa yang memiliki ibubapa yang sempurna, tetapi itu tidak bererti kita tidak harus berusaha untuk menghormati mereka. 

Wanita Dengan Tanda-Tanda Amaran

Satu lagi jenis wanita yang lelaki harus elakkan dari berpacaran ialah seorang yang minum terlalu banyak dan memiliki masalah ketagihan. Kadang-kadang terdapat tanda-tanda amaran seperti dia suka minum di awal pagi atau mengambil bilangan pil yang terlalu banyak, walaupun pil yang telah disyorkan doktor. Dia mungkin ada sebab yang sah untuk mengambil ubat-ubatan tertentu tetapi tanyalah dia mengapa dia memerlukan ubat itu. Tidak ada salahnya untuk menanya seorang yang anda ingin berpacaran beberapa soalan jika anda memiliki kerisauan. Seorang wanita yang tidak menyembunyikan sesuatu tidak harus teragak-agak untuk menjawab persoalan anda.  

Kesimpulan

Sebelum seorang lelaki berpacaran dengan seorang wanita, pastikanlah dengan sepasti mungkin bahawa dia telah dilahirkan kembali dan memiliki buah-buah kehidupan Kristian (Yohanes 15). Berpacaran biasanya boleh mengarah ke perkahwinan tetapi tiada perkahwinan lebih baik daripada perkahwinan yang teruk kerana ianya boleh menuju penceraian dan Tuhan tidak merencanakan penceraian tetapi penyatuan yang kekal seumur hidup. 

Semoga Tuhan memberkati anda dengan limpahnya,

Pastor Jack Wellman

(Diterjemah daripada artikel Faith In The News bertajuk, "6 Women Christian Men Should Avoid" penulisan Jack Wellman)