Khamis, 26 Februari 2015

Jangan Terima Naskah-Naskah Percuma Al-Quran, Kata Majlis Antara Agama

Tun Dr Mahathir Mohamad adalah penaung satu projek untuk mengedarkan satu juta naskah
terjemahan Al-Quran kepada umum (Gambar fail The Malaysian Insider)

Majlis antara agama kebangsaan hari ini menasihatkan orang-orang bukan Islam untuk tidak menerima naskah-naskah terjemahan Al-Quran yang bertujuan "mengurangkan salah faham dan mengurangkan ketakutan pada Islam di kalangan orang-orang bukan Islam."

Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) merujuk kepada satu projek yang dianjurkan oleh Islamic Information and Services Foundation di mana sejuta naskah Al-Quran akan diterbitkan dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Tamil, Cina, Inggeris dan Melayu untuk diedarkan kepada umum (The Star, 9 Januari 2015).

Kenyataan itu mengatakan bahawa penaung projek itu ialah Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Sebab dan contoh yang diberikan oleh Dr Mahathir berkenaan keperluan untuk mengedarkan terjemahan Al-Quran secara khusus kepada orang-orang bukan Islam adalah tidak munasabah," majlis itu mengatakan dalam satu kenyataan hari ini.

Ianya mengatakan Dr. Mahathir juga memberi satu contoh "ayat yang mengizinkan orang-orang Islam membunuh orang-orang bukan Islam hanya menyentuh satu peristiwa dalam sejarah Islam. Ianya tidak bermakna kita disuruh untuk membunuh orang lain."

"Orang-orang Islamlah yang terlibat dalam membunuh dan mengutuk agama-agama lain dan pengikut-pengikut agama lain. Oleh itu, yang menjadi keperluan ialah untuk orang-orang Islam diberi didikan akan ajaran sebenar Islam dan bukannya orang-orang bukan Islam," begitu dikatakan dalam kenyataan itu.

Kenyataan itu mengatakan bahawa niat sebenar pengedaran itu kelihatannya untuk menyebar agama Islam kepada orang-orang bukan Islam di bawah selubung menghilangkan salah faham mengenai Islam. 

"Bantahan pertama kepada ini adalah pengedaran terjemahan Al-Quran kepada orang-orang bukan Islam yang dicadangkan itu bersifat mengelabui kerana sebab utama yang diberikan untuk menghilangkan salah faham tidak dapat diterima kerana salah faham itu adalah di pihak orang-orang Islam dan bukan orang-orang bukan Islam.

"Orang-orang Islam membantah sekuat-kuatnya sebarang penyebaran agama bukan Islam kepada mereka. Mereka bersandar pada Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan kerajaan untuk menghadkan atau menyekat penyebaran apa-apa ajaran agama atau kepercayaan di kalangan orang-orang yang berpegang pada agama Islam," katanya.

Majlis itu berkata Artikel 11(4) itu sepatutnya digunakan sebagai perisai oleh orang-orang Islam dan ianya tidak boleh digunakan sebagai pedang untuk menindas orang lain atau menyebarkan agama mereka kepada orang-orang bukan Islam.

"Prinsip 'lakukan pada orang lain sepertimana anda hendak mereka lakukan pada anda' adalah tepat sekali. Tidak ada apa-apa dalam Artikel 11(4) yang memberi kuasa kepada orang-orang Islam untuk menyebarkan agama mereka kepada orang-orang bukan Islam," 

Bagaimanapun, katanya, Artikel 11(1) memberi setiap orang hak untuk berpegang pada dan mengamalkan kepercayaannya. "Oleh itu seorang bukan Islam mempunyai hak untuk menolak penyebaran agama lain ke atasnya," katanya.

MCCBCHST berkata bahawa ianya berpandangan bahawa penyebaran naskah-naskah terjemahan Al-Quran yang dicadangkan itu bersifat menyinggung perasaan kerana hak yang sama tidak diberikan kepada orang-orang bukan Islam.

"Al-Quran sebagai buku suci tidak harus harus diedarkan secara begitu bebas kerana ianya kemungkinan tidak diberikan penghormatan yang sepatutnya. Setengah-setengah orang Islam akan berfikiran bahawa pemilikan naskah-naskah terjemahan Al-Quran oleh orang-orang bukan Islam adalah perbuatan kufur. Apa akan terjadi jika naskah-naskah terjemahan itu memiliki kata-kata yang telah dilarang penggunaannya untuk orang-orang bukan Islam oleh pelbagai enakmen negeri?" ianya bertanya.

MCCBCHST menasihatkan orang-orang bukan Islam untuk tidak menerima naskah-naskah terjemahan Al-Quran dan berkata orang-orang bukan Islam mempunyai hak untuk mempertahankan agama mereka dan menyedarkan anak-anak dan ahli-ahli keluarga mereka mengenai usaha yang dilakukan oleh Islamic Information and Services Foundation.

"Orang-orang bukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama mereka dengan aman dan harmoni seperti yang diperuntukkan dalam Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan kita," katanya. - 9 Februari 2015.

(Diterjemah daripada artikel The Malaysian Insider bertajuk, "Don't Accept Free Copies Of Quran Says Interfaith Council" bertarikh 9 Februari 2015)