Selasa, 21 April 2015

Kanak-Kanak Perempuan Terjatuh Dari Pokok, Bertemu Yesus Di Syurga Dan Disembuhkan, Kata Ibunya Dalam Buku Baru

Annabel (berkaca mata) dan keluarga di hadapan pokok cottonwood di mana dia telah terjatuh


Annabel
Seorang kanak-kanak perempuan mendakwa bahawa dia telah pergi ke syurga setelah terjatuh dari sepohon pokok, dan telah disembuhkan apabila dia kembali, menurut sebuah buku yang telah dilancarkan minggu ini. 

Empat tahun selepas insiden itu, buku "Miracles From Heaven: A Little Girl, Her Journey to Heaven, and Her Amazing Story of Healing" menceritakan kisahnya. Sony sedang berusaha menyesuaikan kisahnya untuk difilemkan, menurut The Hollywood Reporter.


Dari kecil lagi (sewaktu usia 5 tahun) Annabel Beam telah disahkan mengidap antral hypomotility disorder dan pseudo-obstruction motility disorder, ibunya Christy Beam memberitahu Fox News. Penyakit-penyakit ini tidak dapat disembuhkan, yang merupakan jenis-jenis gastroparesis, bermaksud otot ususnya tidak berfungsi dengan betul, menyebabkannya kesakitan dan perut kembung yang ekstrim selepas makan. 

Beam berkata Annabel yang menderita pernah memberitahunya bahawa dia ingin mati dan pergi ke syurga daripada hidup dalam kesakitan itu.


Annabel telah menderita gangguan usus yang tidak dapat disembuhkan sejak usia 5 tahun

Semua itu berubah pada 2011, selepas Annabel terjatuh 30 kaki dari sepohon pokok dan mendarat tunggang terbalik ke dalam pokok cottonwood yang kosong isi pohonnya. 

Annabel mendakwa bahawa, dalam tempoh lima jam semasa anggota-anggota bomba berusaha untuk menyelamatkannya, dia telah pergi ke syurga dan bertemu Yesus. 

"Apabila saya jatuh, saya melihat syurga dan ianya sangat terang, dan saya melihat Mimi (neneknya) yang telah meninggal dunia beberapa tahun lalu," kata Annabel yang kini 12 tahun kepada pengacara di Fox News.

Sejak waktu itu, kata ibunya, Annabel tidak pernah lagi mengalami sebarang gangguan gastrointestinal (berkenaan usus). 


Buku "Miracles From Heaven"
 yang telah ditulis oleh Christy
Beam mengenai kisah anak
perempuannya Annabel
"Saya percaya saya telah disembuhkan sebab apabila saya pergi ke syurga, saya menanya Yesus samada saya boleh tinggal bersama-Nya dan Dia berkata, "Tidak Annabel, Aku mempunyai rencana bagimu di Bumi," Annabel memberitahu pengacara itu. Yesus berjanji menyembuhkannya supaya dia dapat melaksanakan kerja-Nya dengan lebih baik, katanya.

Dia berkata Yesus memiliki janggut warna perang, rambut perang dan memakai jubah putih, yang sesuai dengan gambar-gambar yang sering dilukis mengenai Yesus. 

Para doktor tidak mempunyai penjelasan untuk pemulihan Annabel yang mendadak. "Mereka berkata mereka tidak tahu, dan bahawa dia tidak ada lagi tanda-tanda penyakit," kata Beam.

Kisah-kisah mengenai kunjungan ke syurga telah menjadi sangat popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Heaven is For Real, sebuah buku yang diterbitkan pada 2010 mengenai pengalaman hampir maut seorang kanak-kanak kecil, telah menduduki senarai bestseller New York Times selama 59 minggu. Filem yang berdasarkan buku itu telah meraih $91 juta di pasaran tempatan.


Video: Kesaksian Annabel bersama ibunya, Christy disiarkan Club 700, CBN

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Huffington Post bertajuk, "Girl Fell From Tree, Visited Jesus In Heaven And Awoke Cured, Mom Claims In New Book" penulisan Katie Sola bertarikh 16 April 2015)