Jumaat, 22 Mei 2015

Bintang Bola Sepak Mengatakan "Tidak" Kepada Seks Sebelum Perkahwinan

Bintang bola sepak David Luiz dibaptiskan di kolam renang di rumah rakannya Jumaat lalu.

Pemain pertahanan Paris Saint Germaint dan bekas pemain Chelsea, David Luiz, 28 tahun, telah mengatakan bahawa dia akan menghindari hubungan seks sehingga dia berkahwin dengan teman wanitanya Sara Madeira, setelah dibaptiskan di kolam renang di rumah rakan sepasukannya, Maxwell pada hari Jumaat.

Mengiringi foto baptisannya, pemain pertahanan Brazil itu mendedahkan di Instagram, bahawa dia "memilih untuk menunggu". Komennya menyerupai pendirian rakan sepasukan antarabangsanya, Kaka yang juga menunggu sehingga hari pernikahannya pada usia 23 tahun, dengan berkata, "Kebanyakan orang mengatakan bahawa selepas perkahwinan, mereka tidak suka naik ke ranjang bersama pasangan mereka kerana tidak ada keinginan. Bagaimanapun, ini tidak benar, isteri saya ialah orang yang saya kasihi dan ianya berbaloi untuk menunggu.

"Saya fikir orang perlu menahan diri mereka dari hubungan seks sebelum pernikahan. Tentu saja setiap orang mempunyai pandangannya sendiri tetapi bagi saya ianya berbaloi untuk menunggu."

Bintang PSG mengiringkan foto Instagramnya dengan satu ayat dari 2 Korintus:

"Jadi siapa yang ada di dalam Kristus, ia adalah ciptaan baru: yang lama sudah berlalu, sesungguhnya yang baru sudah datang. (2 Korintus 5:17)"

Dia teruskan dengan berkata, "Begitu indah hidup bersama-Mu Tuhan, terima kasih kerana begitu mengasihiku dan menjagaku! Hidupku milik-Mu, dan aku ialah hamba-Mu! Engkaulah yang terutama dalam segala keputusan yang kuambil! Aku mengasihi Tuhanku! Amen"

Walau menghadapi pelbagai godaan yang datang dengan kemashyuran antarabangsa dan sebagai bintang bola sepak, Luiz sentiasa berpegang kepada imannya, dan kasih Yesus. Berikutan kekalahan Brazil 7-1 dalam Piala Dunia 2014, dia mengatakan:

"Imanku kepada Yesus memberiku kekuatan untuk terus ke padang dan memberikan yang terbaik, tetapi saya juga ingin memberi inspirasi kepada orang lain - inilah inspirasi yang Tuhan berikan kepadaku.

"Bagiku, kehidupan yang sejati hanya terdapat dalam perhubungan dengan Yesus Kristus. Aku percaya bahawa segala sesuatu dalam hidup adalah milik Tuhan dan Dia mempunyai rancangan yang jelas untuk kita jika kita mengikuti-Nya."

(Diterjemah daripada artikel Charisma News bertajuk, "Star Football Player Says 'No' To Sex Before Marriage" penulisan Christian Concern bertarikh 21 Mei 2015)