Sabtu, 7 November 2015

14 Kutipan Kata Dari Billy Graham Yang Telah Bantu Membentuk Kekristianan di Amerika


Billy Graham telah menjadi salah satu suara rohani paling berpengaruh di sekeliling dunia selama berdekad-dekad. 

Dia telah berkhutbah kepada beratus juta orang, bertemu dengan setiap Presiden Amerika Syarikat sejak Harry Truman, bersuara untuk hak kesamaan antara kaum pada 1950an dan 60an dan begitu banyak lagi. 

Berikut adalah beberapa kutipan kata yang paling menarik daripadanya.

Mengenai Pengudusan

"Menjadi Kristian adalah lebih daripada satu pengalaman sesaat masuk Kristian  ianya adalah proses harian di mana anda bertumbuh menjadi lebih dan lebih seperti Kristus."

Mengenai Wang

"Tidak ada salahnya untuk orang memiliki kekayaan. yang salahnya ialah apabila kekayaan menguasai orang."

Mengenai Keberanian

"Keberanian berjangkit. Apabila seseorang berani mengambil pendirian, ianya sering menyebabkan tulang belakang orang-orang lain diperkuatkan."

Mengenai Kesusahan 

"Puncak gunung adalah untuk pemandangan dan inspirasi, tetapi buah bertumbuh di lembah-lembah." 

Mengenai Keselesaan

"Keselesaan dan kemakmuran tidak pernah memperkayakan dunia seperti mana yang dilakukan kesusahan." 

Mengenai Komuniti

"Ahli-ahli gereja yang mengikuti ibadah adalah seperti kayu arang dalam api. Apabila mereka bergabung mereka menyebabkan api menyala semarak; apabila mereka dipisahkan, nyala itu mati."

Mengenai Menghakimi Orang Lain

"Adalah tugas Roh Kudus untuk menyatakan kesalahan, tugas Allah untuk menghakimi dan tugas saya untuk mengasihi."

Mengenai Kejujuran 

"Jangan sekali-kali keberatan membawa kepada Allah apa yang ada di hatimu. Dia sebenarnya sudah tahu mengenainya, tetapi Dia tidak ingin anda menanggung kesakitannya atau merayakan sukacitanya seorang diri."

Mengenai Yesus

"Ramai orang yang rela untuk memiliki Yesus sebagai sebahagian daripada hidup mereka  selagi mereka tidak perlu membayar harga. Mereka mungkin juga mengaku percaya dan menyertai sebuah gereja. Tetapi Yesus bagi mereka adalah seperti polisi insurans - sesuatu yang mereka dapatkan dan lupakan sehinggalah mereka mati. Apakah yang menghalang anda daripada menjadi murid Kristus?"

Mengenai Pembacaan Alkitab

"Amalan membaca Alkitab itu sendiri akan membawa kesan penyucian ke atas fikiran dan hatimu. Jangan biarkan apa-apa menggantikan amalan harian ini."

Mengenai Kasih Allah

"Dosa adalah kuasa kedua paling besar di alam semesta, kerana ianya telah menyebabkan Yesus mati di salib. Hanya ada satu kuasa yang lebih besar  kasih Allah."

Mengenai Penginjilan

"Bentuk pujian yang teragung ialah bunyi tapak kaki yang komited untuk mencari yang tersesat dan yang memerlukan pertolongan."

Mengenai Keselamatan

"Keselamatan adalah tindakan Allah. Ianya dimulakan oleh Allah, dilakukan oleh Allah, dan diteruskan oleh Allah." 

Mengenai Pengharapan

"Saya telah membaca halaman terakhir Alkitab. Segala sesuatu akan baik pada akhirnya." 

(Diterjemah oleh SDP daripada artikel Relevant Magazine bertajuk "14 Billy Quotes That Helped Shape American Christianity" bertarikh 6 November 2015)