Khamis, 12 November 2015

Miri Terpilih Untuk Mengendalikan Shoebox Christmas Yang Pertama Di Sarawak

Pengurusan Mega Hotel dengan hadiah-hadiah sumbangan mereka (Foto FB Shoebox Miri)

MIRI: Bandar ini akan menjadi tuan rumah "Shoebox Christmas" (Kotak Kasut Krismas) yang akan datang - satu projek kebajikan yang diasaskan enam tahun yang lalu oleh individu-individu yang bukan di bawah naungan mana-mana kumpulan politik atau agama. 

Menurut wakil Shoebox Christmas Miri, Joseph Koh, matlamatnya adalah untuk menggalakkan orang untuk membawa perubahan di dunia dengan tindakan memberi. 

Shoebox Christmas akan
diadakan di Miri, Sarawak
"Ianya telah dimulakan di Kota Kinabalu, Sabah enam tahun yang lalu, dan sejak itu telah menyentuh hati ramai orang," katanya selepas melancarkan projek itu di Mega Hotel di sini baru-baru ini. 

Koh berkata berikutan kejayaannya, kumpulan itu sangat berbesar hati untuk memperkenalkannya di Sarawak, dengan bandar ini dipilih kerana lokasinya yang strategik.

Dia juga berkata Mega Hotel merupakan hotel pertama di negeri ini untuk dilantik sebagai rakan kongsi pilihan untuk Shoebox Christmas. 

Pengurus operasi Mega Hotel, Javaerlyne John Jutie berkata membawa keriangan perayaan kepada mereka yang kurang bernasib baik memang adalah sebahagian daripada program hotel itu.

"Ini adalah satu penghormatan bagi kami untuk menjadi sebahagian daripada projek ini. Untuk kali ini, kami ingin melihat lebih jauh dan berkongsi sukacita kami dengan kanak-kanak bukan saja di bandar Miri, tetapi juga mereka yang di kawasan pedalaman."

Pusat-pusat  pengumpulan hadiah
untuk Shoebox Christmas 2015
termasuk Mega Hotel, Miri
(Foto: FB Shoebox Miri)
Mengenai projek itu, orang-orang awam boleh membeli barang-barang seperti alatulis, buku-buku ulangkaji, kasut dan stokin, barangan untuk mandi, beg sekolah, baju seragam dan pakaian, dan kemudian membalutkannya di dalam kotak kasut sebagai hadiah.

"Mereka boleh meletakkan kotak-kotak itu ke dalam peti hadiah di bahagian lobi hotel sepanjang kempen ini yang akan berlangsung sehingga 26 Disember tahun ini."

Hadiah-hadiah itu, kata Javaerlyne, akan diberi kepada kanak-kanak Rumah Empaga dan Kampung Setingan di Beluru, dan juga mereka di Long Jekitan, Ulu Baram. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Shoebox Christmas, sila hubungi pengurus pengurus komunikasi Mega Hotel, Jenny Chen atau kakitangan Nur Faiza melalui 085-4324332, atau melawat 'Shoebox Miri' di Facebook.

(Diterjemah daripada artikel The Borneo Post bertajuk "Miri Selected To Hold First Shoebox Christmas Project In Sarawak" bertarikh 1 November 2015)