Jumaat, 13 November 2015

Denzel Washington Berbicara Mengenai Kuasa Doa Dan Iman

Pelakon terkenal, Denzel Washington

Pelakon Denzel Washington adalah pembicara utama Majlis Makan Amal Church of God In Christ hujung minggu lepas. Setelah memimpin 1,200 para hadirin dalam doa Bapa Di Syurga, dia berbicara mengenai perjalanan imannya. Dia berbicara mengenai ayahnya sendiri, yang telah menjadi pastor selama enam dekad, yang akan selalu menghadiri Perhimpunan Agung denominasi itu - dan bagaimana pertemuannya dengan seorang wanita di salun kecantikan ibunya telah membawanya kembali kepada iman. 

Dia berkata, "Anak muda, kamu akan menjelajah dunia dan berbicara kepada ramai orang." Ingat, pada masa itu saya hanya 20 tahun, dengan gred poin purata 1.7 dan telah diberhenti sekolah kerana gagal. Dia berkata, "Kamu akan berkhutbah." Dalam perjalanan 40 tahun ini, saya kira bahawa apa yang dikatakannya betul. Melalui kerjaya saya, saya telah berbicara kepada jutaan orang. Pada tahun 2015, saya berkata, "Saya tidak lagi hanya berbicara melalui kerjaya saya. Saya akan mengambil langkah yang jelas untuk bangkit dan berbicara mengenai apa yang Tuhan telah lakukan untuk saya."

Washington berkata emaknya kemudian telah memberitahunya, "Tahukah kamu semua orang yang telah berdoa untuk kamu... semua kain doa dan kebaktian-kebaktian doa?" Washington menjelaskan, "Tidak pernah ada waktunya Tuhan tidak memimpin, melindungi dan membetulkan saya. Mungkin ada waktu-waktu saya kurang dari setia kepada-Nya - tetapi Dia tetap percaya kepada saya."


(Diterjemah oleh SDP daripada artikel Relevant Magazine bertajuk, "Denzel Washington Discusses The Power Of Prayer And Faith" bertarikh 12 November 2015)