Kawan saya "Stewart" (bukan nama yang sebenar) merupakan salah seorang pastor yang paling peramah saya kenali dan isterinya juga seorang pemimpin yang menunjukkan teladan yang baik. Tetapi beberapa tahun yang lalu, mereka mula mendapat emel dari seorang anggota gereja yang tidak mendedahkan siapa dirinya. Mesej-mesej itu berbentuk sangat mengkritik dan disertai dengan ancaman. Kemudian satu bungkusan yang kecil dihantar ke gereja. Ianya diisi penuh dengan serbuk putih.
Stewart menelefon polis sebagai langkah berjaga-jaga – dan serbuk itu akhirnya didapati adalah tepung yis. Pastor dan isterinya telah mendapat tahu secara langsung bahawa mesej-mesej yang memberi amaran dan bungkusan kecil itu datangnya dari seorang anggota gereja yang kemarahan. Tingkahlaku anggota gereja yang pelik itu menunjukkan bahawa setengah-setengah orang Kristian tidak berkelakuan sebagai orang Kristian semasa mereka meninggalkan sesebuah gereja.
Ramai daripada kawan saya yang merupakan pastor juga mempunyai cerita yang serupa mengenai orang-orang yang meninggalkan gereja dengan cara yang penuh drama dan tidak sepatutnya. Mereka semua menyedari bahawa inilah salah satu daripada risiko tugas yang paling serius dalam pelayanan. Pastor-pastor akan merasa tertolak apabila ada orang yang meninggalkan gereja, walaupun Tuhan yang memimpin orang-orang itu mencari jalan keluar. Tetapi jika anda dipimpin oleh Roh Kudus untuk meninggalkan sesebuab gereja, sila lakukan dengan cara yang betul.
1. Jangan pergi dengan marah. Jika anda meninggalkan sesebuah gereja kerana marah pada pastornya atau seseorang ahli, anda hanya membuktikan ketidakmatangan anda. Rasa tersinggung bukanlah sebab untuk meninggalkan sesebuah gereja. Yesus menyuruh kita untuk pergi kepada orang yang menyinggung perasaan kita (Matius 18:15). Dan Amsal 19:11 menyatakan, "Akal budi membuat seseorang panjang sabar dan orang itu dipuji kerana memaafkan pelanggaran." Jika anda memutuskan hubungan setiap kali anda tersinggung, anda tidak akan menjadi matang. Walau pun anda terpanggil untuk meninggalkan sesebuah gereja, anda tidak harus menyimpan dendam, Beranikan diri untuk menghadapi rasa tersinggung anda dan meredakannya.
2. Jangan pergi dengan membuat ancaman. Setengah-setengah orang begitu marah, mereka ingin mencederakan gereja apabila mereka meninggalkannya. Mereka ingin pastor menderita. Seorang lelaki memberitahu seorang pastor yang saya kenal bahawa dia berharap bahawa gereja akan muflis selepas dia berhenti memberi persepuluhan kepadanya. (Sebaliknya Tuhan menghantar orang-orang lain yang memberi lebih daripada pendapatan yang berkurangan itu) Roma 12:19 menyatakan, "Saudara-saudaraku yang kekasih, janganlah kamu sendiri menuntut pembalasan." Walaupun pastor atau ahli-ahli gereja melakukan hal yang tidak berpatutan, bukanlah tugas anda untuk menghukum mereka.
3. Jangan pergi secara rahsia. Semasa saya masih kanak-kanak, ibu saya mengajar saya untuk mengatakan, "Saya telah menikmati hidangan ini. Bolehkah saya minta diri?" apabila saya habis makan. Saya tidak diizinkan untuk meninggalkan meja makan tanpa pengumuman itu. Peraturan yang sama juga digunapakai apabila meninggalkan sesebuah gereja. Pastor anda berhak mengetahui kenapa. Ianya tidak sopan untuk pergi tanpa penjelasan. Anda boleh menulis surat, tetapi lebih baik untuk mengucapkannya secara peribadi – dan juga sertakan kata-kata terima kasih untuk pertolongan yang telah diberikan oleh gereja di masa lampau.
4. Jangan pergi dan mengatakan mengenainya di media sosial. Amsal 6:19 mengatakan bahawa Allah membenci orang-orang yang "menimbulkan pertengkaran saudara." Itu adalah kata-kata yang keras. Setengah-setengah orang memikirkan bahawa mereka sedang melakukan pekerjaan Tuhan dengan bercakap buruk mengenai seorang pastor, tetapi mereka sedang menggali lubang yang mereka bakal jatuh ke dalamnya tidak lama lagi. Jangan sebarkan penghakiman anda. Memuatkan butir-butir mengenai kemarahan anda di Facebook hanya menunjukkan betapa anda berfikiran sempit dan mementingkan diri.
5. Jangan pergi dan cuba membawa orang-orang lain bersama-sama anda. Jika Tuhan sedang memanggil anda bertukar gereja, silakanlah. Tuhan akan memberkati pertukaran anda jika anda melakukannya dengan cara yang sihat. Tetapi jika anda cuba menyebabkan ahli-ahli keluar gereja secara beramai-ramai, anda sedang menjejaskan kuasa otoritas Tuhan. Jangan izinkan si musuh menggunakan anda sebagai ejen pepecahan.
6. Jangan pergi dan langsung menjauhkan diri dari gereja sama sekali. Saya sering mendengar orang mengatakan bahawa mereka merasa Tuhan sedang memimpin mereka untuk meninggalkan sesebuah gereja untuk pergi ke lain tempat. Tetapi kemudian saya mendapati, selepas tiga tahun, bahawa "lain tempat" sebenarnya bererti "tiada tempat." Mereka berhenti pergi ke gereja sama sekali! Ini biasanya adalah tanda suatu kekecewaan yang mendalam atau suatu konflik yang belum diselesaikan. Anda tidak harus sekali-kali putus harapan terhadap gereja. Ianya adalah keluarga Allah. Seorang Kristian tidak harus hidup dalam keadaan terasing.
Tentu sekali ada waktu-waktunya kita harus meninggalkan sesebuah gereja. Ianya berlaku kerana perpindahan kerja, isu keluarga, minat pelayanan, jarak memandu, dan banyak lagi sebab. Dan setengah-setengah gereja mempunyai masalah-masalah yang tidak terselesai yang menjadikan mereka tidak sihat - dan Tuhan tidak semestinya mengkehendaki kita terus berada di situ. Roh Kuduslah yang akan mengarah kita ke jemaat yang tepat.
Pastor-pastor yang baik tahu mereka tidak boleh berpegang kepada orang-orang secara paksa. Gereja-gereja yang sihat mengingatkan orang bahawa pintu keluar tidak dikunci, dan ahli-ahli bebas untuk pergi sebagaimana Roh Kudus memimpin. Ulangan 28:6 mengatakan, "Diberkatilah engkau pada waktu masuk dan diberkatilah engkau pada waktu keluar." Pastor-pastor harus memberkati orang-orang yang pergi – tetapi ahli-ahli harus pergi dengan cara kehormat yang mengundang berkat itu.

(Diterjemah oleh SDP daripada artikel Charisma News bertajuk "6 Wrong Ways To Leave A Church" penulisan J. Lee Grady bertarikh 12 November 2015)