Seminar "Ancaman Gerakan Pemurtadan Kristianisasi" yang telah dianjurkan di kampus UiTM di Lendu, Melaka pada 12 Disember 2015. |
Masyarakat Kristian terus meluahkan rasa tidak puas hati
mereka dengan seminar “Ancaman Gerakan Pemurtadan Kristianisasi” yang
dianjurkan di kampus UiTM di Lendu, Melaka, minggu lalu.
Bagi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM), agama mereka bukan
satu ancaman dan memaparkan mereka seumpama itu pada seminar di universiti awam
berkenaan adalah sesuatu yang "dahsyat" dan "amat menyakitkan
hati".
Pengerusi CFM, Eu Hong Seng berkata, walaupun seminar yang
menghina seumpama itu telah diadakan sebelum ini, namun majlis kali ini yang
membabitkan seorang pegawai kanan polis yang juga bertindak berat sebelah.
"Ia keseluruhannya tidak boleh diterima untuk sebuah
universiti awam, menggunakan dana rakyat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti
yang memburuk-burukkan minoriti agama. Ini sangat menyakitkan hati.
"Tidak ada kerajaan yang sepatutnya membenarkan aktiviti
ini. Kami terkejut dengan kegagalan kerajaan untuk bertindak dan membenarkan
ini terjadi," katanya dalam satu kenyataan.
Polis Melaka mengesahkan seorang pegawai Cawangan Khas hadir sebagai seorang daripada penceramah seminar di kampus UiTM di Lendu, Melaka itu.
(Diambil daripada artikel Malaysiakini bertajuk, "Seminar UiTM 'Singgung Perasaan' Masyarakat Kristian" bertarikh 17 Disember 2015)