(Foto Free Malaysia Today) |
BANDAR SERI BEGAWAN – Sultan Brunei telah mengisytiharkan bahawa
siapa pun yang merayakan Natal boleh menghadapi hukuman penjara lima tahun,
menurut laporan, sebagaimana disiar oleh The Telegraph.
Brunei yang merupakan sebuah negara Muslim di pulau Borneo
itu menyatakan bahawa hukuman juga akan berlaku bagi siapa pun yang ditemukan
mengirim ucapan selamat natal – atau memakai topi Santa.
Bagaimana pun orang bukan Islam diperbolehkan untuk
merayakan Natal atau Krismas tetapi mereka harus melakukannya hanya dalam
komuniti mereka.
Kementerian Agama Brunei mengatakan dalam sebuah pernyataan:
“Langkah-langkah penegakan aturan ini dimaksudkan untuk mengontrol tindakan
merayakan Natal secara berlebihan dan terbuka, yang boleh merosak akidah
(keyakinan) komuniti Muslim.”
Dalam peringatan kepada ummat Islam awal bulan ini, para
imam memperingatkan bahawa perayaan apapun yang sama sekali tidak ada
berhubungannya dengan Islam dapat menyebabkan tasyabbuh (peniruan) dan tanpa
sedar merosak akidah ummat Islam.
“Selama perayaan Natal, umat Islam mengikuti perbuatan yang
dilakukan penganut agama tersebut – seperti menggunakan simbol-simbol agama
mereka seperti salib, menyalakan lilin, membuat pohon Natal dan menyanyikan
lagu-lagu keagamaan, mengirimkan ucapan selamat Natal, menggunakan tanda-tanda
yang memuliakan agama tersebut, memasang dekorasi atau bunyi-bunyian, dan
melakukan apa-apa yang bermaksud untuk memuji agama mereka – hal itu
bertentangan dengan agama Islam,” kata para imam, menurut Borneo Bulletin.
“Beberapa orang mungkin berfikir bahwa itu adalah masalah
remeh dan tidak boleh dibawa sebagai sebuah masalah. Tapi sebagai Muslim dan
sebagai Negara Zikir, kita harus menghindarinya (mengikuti perayaan agama lain)
kerana boleh mempengaruhi keyakinan Islam kita.”
Sultan Brunei, Hassanal Bolkiah telah menerapkan hukum atau
Syariah Islam, yang di dalamnya termasuk ancaman hukum rejam bagi para pelaku
zina.
(Diambil daripada artikel Malaysian Review bertajuk, "5 Tahun Penjara Jika Muslim Brunei Sambut Krismas"
penulisan Ana Ghoib bertarikh 22 Disember 2015)