Filem telah menjadi alat yang berkuasa untuk menyampaikan mesej kepada khalayak umum, dan sesetengah pembikin filem Kristian telah menyampaikan iman mereka dalam bentuk video.
Manakala sesetengah orang menonton filem untuk mengalami keasyikan dari sebuah filem aksi atau hiburan dari sebuah filem komedi, orang-orang percaya juga boleh menonton filem-filem yang dapat membina iman mereka. Berikut beberapa filem Kristian yang anda harus tonton dengan keluarga dan kawan-kawan.
"Fireproof"
"Fireproof" memaparkan kisah ahli bomba yang telah mendapat pingat, Caleb Holt dan isterinya, dan perkahwinan mereka yang sedang runtuh disambar api. Apabila Caleb membawa kepada Tuhan akan perhubungannya dengan isterinya, dia melihat perubahan bukan sahaja dalam situasinya tetapi dalam dirinya. Filem ini telah diarahkan oleh Alex Kendrick dan membintangi Kirk Cameron dan Erin Bethea.
Sebagai seorang anak muda (Shane Harper) enggan untuk menyangkal imannya di sebuah kelas di mana profesornya (Kevin Sorbo) mengkehendaki semua pelajar-pelajarnya untuk melakukan demikian, oleh itu dia telah dicabar oleh gurunya untuk mempertahankan imannya terhadap teori dan kepercayaan ateis. "God's Not Dead" telah dihasilkan oleh Prefix Entertainment dan diarahkan oleh Harold Cronk. Filem itu juga memaparkan Newsboys, band muzik Kristian yang terkenal,
Keluaga Jordan kelihatan memiliki segalanya – karir-karir yang bagus, sebuah rumah yang bagus dan cukup wang untuk hidup dengan mewah. Tetapi apabila Elizabeth Jordan berdepan dengan kepenatan yang terlalu berat akibat sering bergaduh dengan suaminya Tony, pelanggannya Miss Clara memperkenalkan kepadanya satu cara peperangan yang baru – bukan dengan darah dan daging, tetapi dengan penguasa-penguasa di udara. "War Room" telah mula penayangannya pada Ogos 2015 yang lepas dan juga diarahkan oleh Alex Kendrick.
"Woodlawn" adalah berdasarkan kisah benar sebuah menengah awam yang sudah di ambang penutupan apabila perpisahan kaum membawa keganasan dan kekacauan di institusi itu. Apabila segala harapan lenyap, jurulatih football Tandy Gerelds (Nic Bishop) membawa masuk seorang pastor sukarelawan (Sean Astin) untuk memberikan pengharapan kepada sebuah pasukan football, yang kemudian menyemarakkan kebangunan rohani di sekolah itu dan di seluruh kota itu.
Dalam sebuah lagi filem football, pengarah Alex Kendrick mengambil bahagian sebagai pelakon di mana dia melakonkan watak seorang jurulatih sekolah menengah Kristian Grant Taylor yang mengalami pergumulan di tempat kerja dan di rumah. Ditambah pada ibubapa-ibubapa yang mengancam melucutkan jawatannya, isterinya pula sedang menghadapi masalah ketidaksuburan. Melalui cubaan-cubaan itu, Taylor berusaha membangkitkan harapan dan iman dalam sebuah pasukan yang tidak pernah mengalami kejuaraan untuk lebih dari enam tahun.
(Dipetik dan diterjemahkah oleh SDP daripada artikel Christian Today bertajuk, "5 Christian Movies You Should Watch" penulisan Patrick Mabilog bertarikh 8 Februari 2016)