Manny Pacquiao melepas tumbukan ke kepala Timothy Bradley Jr. dalam perlawanan kejuaraan welterweight di MGM Grand, Las Vegas pada Sabtu malam |
Manny Pacquiao mengalahkan lawannya peninju Timothy Bradley Jr. di Las Vegas pada Sabtu malam, dalam pertarungan yang dikatakan bintang itu sebagai yang terakhir dalam karirnya.
Pacquiao, yang merupakan warga Filipina, memenangi perlawanan welterweight itu dengan keputusan sebulat suara dari panel hakim. Pertarungan di MGM Grand adalah yang pertama untuk Pacquiao sejak kekalahannya kepada Floyd Mayweather pada Mei yang lalu dalam apa yang telah digelar "pertarungan abad ini".
"Pacquiao mungkin akan menggantungkan sarung peninjunya, tetapi jangan sangka dia akan meninggalkannya secara diam-diam." kata MGM Grand semasa mempromosi pertarungan itu.
Seperti dilaporkan The New York Times, adalah jelas bahawa karir Pacquiao sudah "dekat penghujungnya." Tetapi "sambil dia melangkah ke dalam gelanggang pada Sabtu malam untuk pertarungan ketiga menentang Timothy Bradley Jr., dia bertekad untuk menunjukkan bahawa dia bukan bersara kerana kemahirannya sudah berkurang. Dia mahu menang dengan menyakinkan. katanya."
Dan dia berjaya melakukannya; ketiga-tiga hakim memberikan markah 116-110 untuk perlawanan itu.
"Buat masa ini, saya sudah bersara," kata Pacquiao, menurut ESPN. "Saya akan pulang ke rumah dan memikirkannya, tetapi saya mahu bersama keluarga saya. Saya mahu berkhidmat untuk rakyat (Filipina)."
"Saya ada komitmen kepada keluarga saya bahawa saya akan bersara selepas ini, dan kita tidak tahu," kata Pacquiao kepada wartawan di tepi gelanggang, menurut Reuters. "Jika anda bertanya saya samada akan kembali bertarung, mungkin saya akan menikmati persaraan dan melayani dan menolong orang."
Ulasan-ulasan ini, manakala mengatakan dengan jelas bahawa dia akan bersara, juga menyatakan dengan jelas bahawa dia akan terus memikirkan samada untuk bersara terus.
ESPN menambah bahawa Pacquiao, seorang ahli politik di Filipina, "adalah ahli kongress dua penggal yang sedang bertanding untuk kerusi dewan Senator." Pilihanraya itu berlangsung bulan depan.
"Jika dia menang - dan dia adalah salah satu calon pilihan - ianya hampir mustahil untuk terus menjadi seorang peninju yang aktif," AP melaporkan.
Pacquiao mempunyai para peminat yang sangat kuat kesetiaan kepadanya. "Kisah Manny Pacquiao yang membesar sebagai seorang anak kecil Filipina yang miskin dan berjaya keluar darpada persekitaran miskinnya sangat mengesankan bagi ramai rakyat Filipina," Denise Guerra melaporkan di Morning Edition pada tahun lepas. "Dia telah menjadi lambang harapan dan ketabahan untuk orang-orang Filipina di sekeliling dunia."
Suatu profail yang ditulis oleh New Yorker pada 2015 mengenai dua pesaing "pertarungan abad ini" menyatakan, "Pacquiao... telah mendedikasikan kembali dirinya kepada Kekristianan pada 2011 dan sejak waktu itu kenyataan-kenyataan awamnya adalah penuh dengan ungkapan mengenai iman dan kerendahan hati; dia berkata dia sedang berdoa untuk Mayweather, yang dianggapnya "saudara dalam Kristus."
(Dipetik dan diterjemah daripada artikel NPR bertajuk "Manny Pacquiao Wins What He Calls The Final Fight Of His Career" penulisan Merrit Kennedy bertarikh 10 April 2016)