Khamis, 21 April 2016

"Tak Pernah Ada Paderi Ini Melayani Di Gereja St. Augustine"

  
Beberapa perkara yang kita pelajari mengenai Ustaz Ayub Abdul Rahman dan dakwaannya pernah menjadi paderi besar di Gereja St. Augustine of Canterbury, Frankfurter, Jerman.

1. Gereja St. Augustine of Canterbury adalah gereja Episcopal (di bawah payung Anglikan Antarabangsa). Ianya terletak di Jalan Frankfurter, Wiesbaden di Jerman. 

2. Ustaz Ayub ialah rakyat Malaysia keturunan India yang mendakwa dirinya bekas paderi Katolik.

3. Dia mendakwa pernah melayani sebagai paderi besar di Gereja St. Augustine of Canterbury di Jerman untuk hampir 10 tahun.

4. Ini pelik betul. Mengaku sebagai bekas paderi Katolik, tetapi melayani pula di gereja Anglikan. Mana ada paderi Katolik yang melayani sebagai paderi di gereja Anglikan! 

5. Rev. Chris Easthill dari Gereja St. Augustine of Canterbury, Jerman menjelaskan melalui emel bertarikh 19 April 2016 bahawa dakwaan Ustaz Ayub adalah tidak benar, dan bahawa Ustaz Ayub tidak pernah melayani di gereja itu samada sebagai rektor ataupun paderi. Rev. Chris juga menjelaskan bahawa sejak Perang Dunia Kedua, semua paderi-paderi mereka telah datang dari Amerika Syarikat.

6. Right Reverend Pierre W. Whalon, Biskop yang bertanggungjawab menyelia gereja-gereja Episcopal di Eropah menjelaskan dalam surat bertarikh 15 Januari 2016 kepada Right Reverend Datuk Ng Moon Hing, Biskop Malaysia Barat, bahawa tidak pernah ada orang bernama "Al Fadhil Ustaz Ayob Abdul Rahman" yang menjadi paderi di Gereja St. Augustine of Canterbury. Jerman, atau di mana-mana sidang jemaat Episcopal di Eropah atau pun tempat lain.  

7. Rev. Pierre menyatakan bahawa carian internet menunjukkan bahawa dakwaan-dakwaan itu pernah dibuat oleh orang itu dan telah dibuktikan palsu sebelum ini.

8. Rev. Pierre juga menyebut mengenai nama Kristian yang digunakan orang itu, "Reverend Anthony Perumal Samy Viagulam." Rev. Pierre menegaskan bahawa tidak ada orang yang dengan nama itu ataupun yang hampir dengan nama itu yang tersenarai sebagai paderi Episcopal yang bertahbis, di mana-mana pun 17 negara di mana Gereja mereka bersidang.

9. Dengan penjelasan Rev. Chris Easthill dan Rev. Pierre Whalon di atas, adalah jelas bahawa dakwaan Ustaz Ayub Abdul Rahman yang dia pernah menjadi paderi besar di Gereja St. Augustine of Canterbury, Jerman adalah palsu sama sekali dan bertujuan untuk mengelirukan orang ramai.


Berikut ialah surat daripada Right Reverend Pierre W. Whalon mewakili The Convocation of Episcopal Churches in Europe: