Facebook telah membantu menghubungkan orang di sekeliling dunia dan merapatkan hubungan di antara ahli-ahli keluarga, kawan-kawan dan para pelanggan. Syarikat gergasi media sosial itu telah membuka pejabatnya di Malaysia baru-baru ini, dengan pelancaran rasmi di pejabat mereka di KL Sentral semalam.
Tujuan pejabat tempatan ini adalah untuk membantu rakyat Malaysia dan perniagaan-perniagaan tempatan berhubung dengan lebih berkesan lagi. Semasa pelancaran itu, beberapa fakta menarik telah dimaklumkan mengenai kepenggunaan Facebook di Malaysia:
- 18 juta orang, yang merupakan 81% daripada jumlah 22.2 juta pengguna internet di Malaysia, menggunakan Facebook setiap bulan.
- 12 juta orang menggunakan Facebook secara harian, dengan 94% daripada mereka mengakses rangkaian media sosial itu melalui telefon pintar mereka.
- Pengguna-pengguna di Malaysia dua kali lebih kemungkinannya untuk "Like" sesuatu Page berbanding dengan purata global.
- Pengguna-pengguna di Malaysia menduduki tempat ke-10 secara global untuk jumlah kawan terbanyak di Facebook.
- Pengguna-pengguna di Malaysia mempunyai 60% lebih kawan daripada purata global di Facebook.
Pelancaran rasmi pejabat Facebook di Malaysia di KL Sentral pada 4 Mei 2016 |