Dr. Lin Ting Tung adalah orang Taiwan pertama yang menjadi
doktor dan menjadi Kristian. Ini terjadi pada akhir abad ke-19. Dia bekerja di
rumah sakit kecil yang dirintis oleh Dr. Maxwell, seorang misionari Inggeris.
Ketika itu tahap kesihatan masyarakat di Taiwan sangat rendah dan cara
perubatan masih sangat sederhana.
Pada suatu hari seorang anak datang ke rumah sakit itu dan meminta ubat untuk
ibunya yang sedang demam akibat malaria. Anak ini berjalan lebih dari dua jam
dari desanya ke rumah sakit mengikuti lorong jalan kaki melalui hutan dan sawah.
Ketika nama ibunya dipanggil, anak ini langsung bangkit dari bangkunya, meraih
botol ubat dan bergegas pulang. Petang harinya pukul lima, ketika bilik ubat
akan ditutup, seorang jururawat tampak bingung dan berbisik, "Doktor
Lin, botol ubat untuk pesakit malaria masih ada di sini. Tetapi ada satu botol
yang hilang. Isinya disinfektan."
Dr. Lin terkejut, diperiksanya botol yang tertinggal, benar isinya ubat
malaria. Jadi, anak tadi membawa botol yang salah!
Botol-botol di bilik ubat itu memang berbentuk sama dan berwarna sama, lagi pula
baik ubat malaria mahupun disinfektan sama-sama cairan.
"Celaka kita. Ibu itu boleh mati. Disinfektan itu ubat keras pembunuh kuman
untuk bilik operasi. Kalau sampai diminum, usus boleh terbakar dan orang itu akan
mati," ujar Dr. Lin dengan wajah pucat. Segera mereka melaporkan peristiwa
ini kepada Dr. Maxwell.
Dia juga terkejut. "Sekarang pukul lima, anak itu pergi dari sini pukul
tiga, jadi dia sudah hampir tiba. Tidak mungkin kita mengejarnya. Kita tidak
tahu jalan ke desa itu," ujar Dr. Maxwell. Dr. Maxwell termenung, lalu dia
berkata, "Mulai hari ini semua ubat keras tidak boleh diletakkan di atas
meja. Sekarang panggil semua kakitangan untuk berkumpul. Kita akan berdoa."
Begitulah semua orang yang bekerja di rumah sakit itu berkumpul dan berdoa. Dr.
Maxwell berdoa, "Tuhan, kami telah melakukan kelalaian. Ampunilah kami.
Nyawa seorang ibu sedang terancam. Tolonglah dia, cegahlah dia agar tidak
meminum ubat yang salah itu......"
Malam harinya Dr. Lin bertugas malam. Dia harus bertanggungjawab atas kematian
ibu ini. Esok harinya, ketika masih subuh pintu diketuk. Ternyata itu anak yang semalam membawa botol yang salah. Mukanya pucat ketakutan.
Dr. Lin juga takut. Kedua orang itu berdiri saling memandang dengan gugup.
Kemudian anak itu berkata, "Maaf doktor. Semalam saya bawa botol itu
sambil berlari, lalu saya jatuh botol itu pecah dan isinya tumpah."
Dr. Lin yang masih terpaku kerana gugup langsung bertanya, "Bila jatuhnya?"
Anak itu menjadi makin ketakutan, "Maaf, doktor. Saya baru datang
sekarang. Jatuhnya petang semalam, menjelang gelap."
Dr. Lin langsung ingat: Menjelang gelap....itu adalah saat ketika semua kakitangan rumah sakit berkumpul mendoakan ibu anak ini.
Jiwa ibu anak ini tertolong, isi botol yang salah itu tidak sampai terminum,
kerana botol itu pecah di tengah jalan.
------------------
Kita boleh lihat peristiwa ini dari sudut si anak. Dia pulang membawa botol ubat
ini sambil berlari. Dia ingin cepat-cepat memberikan ubat ini kepada ibunya. Dia
ingin menunjukkan baktinya kepada ibunya. Dia ingin ibunya cepat sembuh. Anak ini
tidak mengetahui bahawa botol yang sedang dipegangnya berisi racun. Dia tidak dapat membaca tulisan dibotol itu. Dia buta huruf. Anak ini berlari terus. Jalan
dari desa ke rumah sakit di kota sangat jauh. Perginya dua jam, pulangnya dua
jam.
Dia letih. Lalu, tiba-tiba dia tersandung. Dia jatuh. Mungkin dia terluka, tetapi
yang paling celaka; botolnya jatuh dan pecah, cairan isinya tumpah di tanah.
Bayangkan bagaimana perasaan anak itu. Dia kecewa, sedih dan takut.
Bagaimana kalau penyakit ibunya makin parah. Bagaimana kalau doktor itu marah?
Anak ini sangat tertekan oleh kejatuhan ini.
Saat itu dia belum tahu bahwa justeru terjatuhnya dia ini menolong nyawa ibunya.
Mungkin orang lain akan tersenyum, "Ah, itu cuma kebetulan."
Namun orang percaya akan bersaksi, "Tuhan dapat bekerja melalui sebuah
kebetulan," itulah juga kesaksian Rasul Paulus di Roma 8:28
:"....Allah turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan
bagi mereka yang mengasihi Dia......."
"SEGALA SESUATU" bererti segala keadaan atau segala kejadian, baik
berhasil mahupun kejatuhan. Kejatuhan dapat berbentuk musibah, penyakit atau
kegagalan. Seringkali kita mengira bahawa Allah hanya hadir dan bekerja dalam
keberhasilan. Padahal Allah juga hadir dan bekerja dalam kejatuhan. Apa tujuan
Allah bekerja dalam kejatuhan?
Paulus menjawab,".....untuk mendatangkan KEBAIKAN......"
Jadi Tuhan dapat mendatangkan kebaikan melalui sebuah kejatuhan.
(Dialihbahasa daripada artikel Gereja Isa Almasih Jemaat Jemursari bertajuk, "Apakah Botol Yang Kau Bawa Pecah?" bertarikh Februari 2009)
(Dialihbahasa daripada artikel Gereja Isa Almasih Jemaat Jemursari bertajuk, "Apakah Botol Yang Kau Bawa Pecah?" bertarikh Februari 2009)