Jumaat, 17 Februari 2017

18:18:18 Seruan Untuk Berdoa


18:18:18 Seruan Untuk Berdoa

Kepada Pastor, Penatua & Pemimpin Gereja,

NECF menyeru inisiatif doa bermula dari 17 Feb 2017 pada jam 18:00 hingga 6 Mac 2017 pada jam 18:00. Tujuan seruan doa ini adalah bersempena dengan persidangan Parlimen yang akan datang iaitu 6 Mac 2017.

Ayat Kunci : Matius 18:18

Konteks : Matius 18:1-20

Saranan untuk melakukan perkara berikut:

1. Berkumpul dalam kumpulan kecil - keluarga atau rakan-rakan untuk berdoa untuk sekurang-kurangnya 18 minit pada 18:00 (6:00 petang) selama 18 hari.

2. Berdoalah untuk Kesejahteraan negara ini terutama dalam kontroversi Hudud dan kebijaksanaan bagi pemimpin-pemimpin negara ini agar Allah terus memberkati negara.

3. Berdoa untuk keselamatan negara ini terutama dalam kes Pastor Raymond dan keluarganya dan orang-orang lain yang mungkin terjejas.

Kami mendorong anda untuk menyertai kami pada masa kairos ini. Sila panjangkan seruan doa ini kepada seberapa ramai saudara-saudara kita di dalam Kristus.

Daripada,

Rev Andy Chi,
Penolong Setiausaha Agung,
National Evangelical Christian Fellowship (NECF).




(Diambil daripada artikel NECF bertajuk "18:18:18 Call To Pray" bertarikh 16 Februari 2017)