Kiri: Pastor Raymond Koh, Kanan: Penyiasatan Polis (gambar fail Utusan Malaysia) |
PETALING JAYA, 17 Feb - Polis sedang meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di Jalan Bahagia untuk maklumat lanjut berkenaan penculikan Pastor Raymond Koh pada tengahari Isnin.
ASP Supari Mohammad, yang merupakan pegawai penyiasat, berkata bahawa mereka telah memperolehi rakaman CCTV itu dan mengesahkan ianya menunjukkan Koh dipaksa keluar dari keretanya dan dibawa masuk ke kenderaan lain oleh sekumpulan lelaki.
"Kami dalam usaha mendapatkan lebih maklumat mengenai kenderaan itu dan nombor pendaftarannya," katanya.
Supari berkata Balai Polis Kelana Jaya telah mendapat maklumat daripada sumber yang tidak dikenali mengenai kehilangan Koh pada tengahari Isnin.
Satu laporan yang kedua telah dilakukan oleh anak Koh, Jonathan pada Selasa malam.
Semalam, polis daerah Petaling Jaya telah mencatit kenyataan daripada isteri Koh, Susanna Liew dan anaknya.
Liew memberitahu Malay Mail bahawa pihak polis sangat membantu dan menggunakan segala cara untuk mengesan suaminya.
"Kami tidak tahu mengapa ada orang yang ingin menculiknya, tidak ada sebab untuk sesiapapun melakukan ini," katanya.
"Suami saya adalah seorang yang suka keamanan yang tidak pernah mencederakan sesiapa dengan niat jahat mahupun mencari masalah."
Liew yang telah berkahwin untuk 34 tahun, juga berasa sedih oleh mesej-mesej yang mengelirukan yang tersebar di WhatsApp bahawa suaminya telah diketemukan oleh polis Kelana Jaya.
"Tidak ada kebenaran dalam itu dan menemukan dia akan menjadi peristiwa gembira dan keluarga pasti sekali akan membuat pengumuman yang sewajarnya," kata ibu yang mempunyai tiga orang anak itu.
"Samada berita yang tidak tepat itu disebarkan oleh individu-individu yang bermaksud baik atau sebalikya, saya berharap ianya dihentikan sebab ianya membawa tekanan kepada keluarga."
Pada 2011, Koh telah menjadi pengarah eksekutif untuk Komuniti Harapan, satu kumpulan di bawah Damansara Utama Methodist Church.
Satu acara yang dianjurkan oleh kumpulan itu telah mencetuskan kontrovesi dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana melibatkan kehadiran Muslim dan bukan Muslim.
(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel Malay Mail bertajuk, "CCTV Offers Possible Leads On Missing Pastor" yang ditulis oleh May Robertson bertarikh 17 Februari 2017)