Khamis, 16 Februari 2017

Mesej Bahawa Pastor Raymond Yang Hilang Telah Diketemukan? Itu Palsu

Isteri Koh, Susanna Liew telah merayu untuk bantuan mengesan pastor itu,
yang telah diculik oleh sekumpulan lelaki bertopeng pada hari Isnin

PETALING JAYA: Satu mesej yang sedang beredar di media sosial sejak Isnin yang mendakwa bahawa Pastor Raymond Koh Keng Joo yang hilang telah diketemukan, adalah palsu. 

Keluarga Koh telah mengesahkan bahawa mesej itu palsu dan merayu kepada orang ramai agar tidak menyebarkannya.

"Kami sedih dan bimbang bahawa ada berita palsu yang diedarkan bahawa Pastor Raymond telah diketemukan dan telah dikembalikan ke pangkuan keluarga. Tidak ada kebenaran dalam itu. 

"Kami berharap berita palsu itu akan diberhentikan," seorang wakil keluarga memberitahu The Star pada hari Khamis.

Keluarga itu mengatakan bahawa jika Koh telah diketemukan, "mereka pasti akan membuat pengumuman yang sewajarnya" kerana itu adalah peristiwa yang menggembirakan. 

Mesej palsu yang telah dikongsi di Facebook dan WhatsApp berbunyi:

TERBARU: Sila maklumi bahawa Pastor Raymond Koh telah diketemukan di Balai Polis Kelana Jaya. Isterinya telah dipanggil ke Balai Polis Kelana Jaya oleh seorang peguam. Ada peguam-peguam dari DUMC (Damansara Utama Methodist Church) di situ. Teruskan berdoa.

Ketua CID Selangor SAC Fadzil Ahmat mengesahkan pada hari Selasa bahawa Koh telah diculik dan bahawa polis sedang menyiasat.

Pada hari Rabu, isteri Koh, Susanna Liew Sow Yoke merayu untuk bantuan mengesan pastor itu, yang telah diculik oleh sekumpulan lelaki bertopeng di Jalan Bahagia di sini di antara 10.30 dan 10.45 pagi pada hari Isnin.

Kali terakhir dia dilihat memakai baju T berleher polo berwarna kuning air dan seluar panjang kelabu gelap.

(Diterjemah oleh SDP daripada artikel The Star bertajuk, "The Message That Missing Pastor Has Been Found? It's Fake" yang ditulis oleh Ashley Tang bertarikh 16 Februari 2016)