Khamis, 16 Februari 2017

Isteri Pastor Bimbang Menanti Kepulangan Suaminya

Keratan akhbar The Star (16 Februari 2017)

PETALING JAYA: Isteri kepada Pastor Raymond Koh Keng Joo yang kehilangan itu tidak dapat tidur sejak hari Isnin.

Dia menangis untuk suaminya dan bimbang akan keselamatan nyawanya. 

Susanna Liew Sow Yoke merayu untuk bantuan mengesan Koh yang berusia 62 tahun yang telah diculik oleh sekumpulan orang yang bertopeng di Jalan Bahagia, di antara 10.30 dan 10.45 pagi pada hari Isnin.

Dalam satu temuramah sambil menangis bersama The Star, Liew berkata dia tidak dapat tidur kerana bimbang mengenai suaminya.

"Dia seorang suami, ayah dan pastor yang baik yang menolong orang-orang miskin," tangis Liew, berusia 61 tahun, sambil dia menceritakan pengalaman pahitnya.

Kali terakhir dia melihat suaminya adalah ketika dia sedang menjaga kanak-kanak di rumah kawan di kondominium Puncak Damansara di Kampung Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya, pada lebih kurang 10 pagi Isnin. 

Liew mengingati kata-kata terkahir suaminya kepadanya adalah, "Aku mencintaimu".

"Dia berkata dia sedang bergegas untuk ke temujanjinya yang seterusnya dan saya tidak melihatnya lagi selepas itu."

Dia berkata suaminya dalam perjalanan ke Kelana Jaya untuk menghantar belacan kepada kawan mereka yang akan balik ke Medan, Indonesia.

"Dia tidak sampai ke rumah itu," kata Liew, yang hanya menyedari bahawa suaminya telah diculik pada pukul 8 malam.

Pastor Raymond Koh
Dia berkata apabila dia dan anak lelakinya cuba menghubungi telefon bimbit Koh, ianya terus beralih ke peti simpanan suara dan mesej-mesej WhatsApp tidak diterima olehnya, menandakan bahawa telefonnya telah ditutup.

Dari maklumat yang dia kumpulkan daripada pelbagai orang, suaminya telah dihadang oleh sekumpulan orang bertopeng dari 4 atau 5 kereta SUV di Jalan Bahagia berdekatan SMK Kelana Jaya pada pagi itu. 

Dia berkata dia diberitahu bahawa suaminya ditahan dan dimasukkan ke dalam sebuah van hitam dan dibawa pergi.

Koh sedang memakai baju T berleher polo berwarna kuning air dan seluar panjang kelabu gelap ketika dia diculik.

Ketua CID Selangor SAC Fadzil Ahmat mengesahkan pada hari Selasa bahawa Koh telah diculik dan polis sedang menyiasat kes itu.

Setakat ini belum ada tuntutan untuk bayaran tebusan.
am
Liew berkata suaminya tidak mempunyai musuh dan terlibat dal banyak kebajikan gereja dan kerja amal komuniti dengan kumpulan Harapan Komuniti yang telah diasaskannya lebih dari 10 tahun yang lalu. 

"Kami semua berdoa untuk kepulangannya yang selamat," kata Liew. 




(Diterjemah oleh SDP daripada artikel The Star bertajuk, "Pastor's Wife Anxious For His Return" yang ditulis oleh Thean Lee Cheng dan Ashley Tang bertarikh 16 Februari 2017)