Polis mengesahkan Pastor Raymond Koh (kanan) telah diculik di Petaling Jaya pagi semalam |
PETALING JAYA: Pencarian sedang dijalankan untuk seorang pastor yang polis katakan telah diculik pada awal pagi semalam, di Kelana Jaya, Petaling Jaya.
Menurut polis, Raymond Koh dipercayai telah diculik selepas dia dilihat memandu sepanjang Jalan Bahagia dalam kereta Honda Accord (ST 5515 D).
"Kami masih sedang mengesan dan menyelamatkan mangsa, termasuk memburu para suspek yang terlibat," kata ketua CID Selangor, SAC Fadzil Ahmat seperti dilaporkan oleh Astro Awani.
Sehingga kini, tidak ada tuntutan bayaran tebusan dan tiada niat yang dikenalpasti berkenaan penculikan itu.
"Setakat ini kami tidak tahu niat di sebalik penculikan itu dan keluarga mangsa tidak menerima sebarang tuntutan bayaran tebusan," kata Fadzil.
Polis berkata mereka sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan untuk penculikan.
Sementara itu, menurut The Star, pengguna-pengguna media sosial berkongsi mesej semalam dan mendakwa bahawa Koh telah dibawa keluar dariipada keretanya di Jalan Bahagia.
"Polis menerima laporan bahawa penumpang-penumpang sebuah van telah memberhentikan kereta pastor itu, kereta Honda Accord berwarna perak, di Jalan Bahagia, dan menculiknya," begitu dinyatakan oleh salah satu daripada mesej itu.
(Diterjemah oleh SDP daripada artikel Free Malaysia Today bertajuk, "Cops Confirm Kidnapping Of Pastor In Petaling Jaya" bertarikh 15 Februari 2017)
(Diterjemah oleh SDP daripada artikel Free Malaysia Today bertajuk, "Cops Confirm Kidnapping Of Pastor In Petaling Jaya" bertarikh 15 Februari 2017)